Baby's Journal
11 Month
(19 Jan 2004)

Irdeena Maisarah wrote.....


Selamat Tahun Baru. Rasanya belum terlambat lagi untuk Deena ucapkan buat semua kawan-kawan di luar sana. Dah lama rasanya tak berjumpa kan. Deena sedih sebab sejak bulan lepas deena tak sihat. Deena mula kena demam pada 13 Dec 2003  sampai satu ketika Deena dimasukkan ke hospital. Doktor suspek Deena kena denggi tapi bila check semula doktor kata deena dijangkiti virus dan kena pneumonia. Kesian pada mama yang bersusah payah menjaga deena.
20 Dec 2003  deena ditahan di PMC mama dan daddy yang menjaga Deena. 3 hari selepas itu Deena keluar dan kami terus balik kampung. Masa ni rumah emak sedang sibuk sebab Pak Lang deena nak kawin. Lepas bercuti dari kampung rasanya macam dan sihat sedikit.Jumaat 2 Jan 2004 mama bawak deena inject campak. Seminggu selepas itu deena kena demam campak yang teruk. Hari Selesa Emak bawak deena balik kampung. Demam makin teruk sampai doc kat klinik suruh masuk hospital.Emak terus ubatkan cara kampung. Mama dengan daddy masih di KL. Deena rindu sgt dengan mereka menyebabkan demam deena makin teruk.
Hari Sabtu mama dan daddy sampai. Mama nangis tengok keadaan deena yang teruk. Deena rasa lega sebab dah jumpa daddy. Berat badan dah turun lebih 3 kg. Makan tak selera dan susu takmo minum. Hari selasa balik kg nenek di Muar. Semakin hari semakin segar.Pulih 80% pada hari khamis tu tapi entah mcm mana demam semula sampai hari Isnin.Mama dan daddy masih cuti dan bawa deena pergi Klinik di Melaka.Emak suruh tinggalkan deena di kampung lagi sampai baik tapi daddy tak mahu berpisah. Akhirnya kami sekeluarga berangkat ke Kuala Lumpur pada malam itu.
Alhamdulillah lepas jumpa mama dan daddy demam makin beransur pulih. Mama dah mula kerja macam biasa. Deena pergi taska tapi masih tak segar sangat jadi baring sahaja kat sekolah. Tak aktif mcm kawan2 lain. BIla mama datang ambil baru lah deena ceria. Deena takut kena tinggal lagi.


Gambar2 semasa pak lang kawin

|| home || guestbook || arkib ||