Baby's Journal
(26 Aug 2002)
Sekarang saya sudah berusia 14 Minggu. Ada banyak minggu lagi yang saya kena duduk dalam perut mama. Saya rasa lemas sebab kat dalam ni gelap. Kadang-kadang saya suka kuit-kuit kaki dan buat mama rasa pergerakan saya. Betul ke mama dah boleh rasa pergerakan saya. Semalam mama suruh daddy dengar jantung saya. Daddy kata dia tak dengar apa-apa pun.Mama pun macam tak sabar untuk tunggu saya besar. Saya tentu lebih tak sabar untuk keluar dari tempat gelap ni.

Saya semakin membesar sekarang. Tak percaya tengoklah perut mama yang makin buncit tu. Kesian kat mama sebab sekarang mama asyik saja berlari-lari untuk ke bilik air. Saya semakin membesar jadi secara tidak sengaja saya telah menekan pundi kencing mama dan menyebabkan mama rasa nak wee wee sentiasa.

Pagi-pagi saya selalu dengar mamam berkata. Ini makanan untuk baby mama. Walaupun saya tahu mama tak suka tapi mama rela juga. Pagi-pagi sebelum pergi kerja mama minum segelas susu dan makan 3 jenis ubat yang berbeza. Satu kaler merah, dua kaler putih yang saiznya sebesar kacang merah. Sebenarnya mama selalu merugut sebab ubat merah tu baunya sangat busuk. dah setiap kali telan ubat tu mama terasa sungguh loya. Tapi sebab mama nak saya sihat mama makan juga ubat tu walaupun tak sedap.

(13 Sept 2002)
Assalamualaikum..hari ini kita nak menulis lagi selepas sebulan kita berdiam diri sebab kita tengah sibuk membesar.Kita kuat makan betul sampai berat mama kita naik 1 1/2 kilo bulan ni. Kita nakal semua benda yang kita nak rasa kita gerak2 kat mama kita. Nanti bila mama makan kita pun dapat rasa sama. Kita makan speggetti kita makan sushi kita makan pizza, McD, KFC, Ais krim apa saja yang kita fikir nanti mama terus belikan untuk kita. Syok betul duduk dalam perut mama ni. Semua makanan kita dapat rasa.

Kita dah besar dah sekarang. Kita dah masuk 4 bulan tak caya tanya mama kita. Tadi mama baru balik dari check-up mama tengok kita kat dalam perut mama. Kita rasa Dr Nora tekan kepala kita dengan objek keras then mama pun nampaklah kita kat skrin monitor. Kita dah besar betul sampai mama tak boleh nampak seluruh badan kita serentak. Yahoo seronoknya sebab mama nampak kita tengah hisap jari tadi.

Mama ada print gambar kita nanti awak semua boleh tengok gambar kita kat dalam ni.Dr kata kita ni so far so good sebab semuanya berada dalam condition yang baik dan normal. Dr kata kalau tengok kat scan kita ni dah 4 bulan lebih tapi ikut calculation doktor kita baru masuk 4 bulan. Iskh tak tahulah mana yang betul. Mama kata instict mama rasa kita ni dah 4 bulan.Hmm kita tak kisah yang penting kita duduk dalam perut mama dapat makan best-best.Nanti bila kita dah betul-betul besar kita nak keluar cepat-cepat dari perut mama. Kita dengar orang kata kat luar sana ada makanan yang lebih enak dan lazat-lazat.Kita ni suka makan rupanya.

Semalam kawan mama bersalin Auntie Ita dengan Uncle omar anak dia perempuan kawan kita la tu. Nama dia Nurien Dania.Tak aci betul la Nurien tu sebab dia keluar dulu. Hmm tunggu nanti kita keluar kita main pondok sama-sama. Oh ya sekarang kita bergerak agak aktif dalam perut mama. Maklumlah kita dah dapat kaki le katakan nanti kita kuit-kuit perut mama mesti mama rasa geli. Mama kata rasa macam ada cacing gerak-gerak dalam perut dia. Hmm itu kita belum buat flying kick lagi kan. Hah nanti lagilah mama tak boleh duduk diam kita buatnya. Oklah itu sahaja cerita kita bulan ini. nanti kita sambung pada bulan hadapan. Doanakn kita berjuang berhabis-habisan didalam perut mama ni.

( 11 Jan 2003 )

Wah dah lama rupanya mama tak tulis cerita tentang Deena.Mama terlalu sibuk sejak mama dah pindah ke opis baru. Deena sekarang dah 34 minggu anytime saja deena boleh keluar dari perut mama. Sejak kebelakangan ni mama semakin tak larat. deena perasan pergerakan mama amat terbatas dan perlahan. Mama susah nak bangun dari tempat duduknya. Tapi mama semakin kuat makan. Sekarang berat mama sudah menjangkau 81.5kg. Wow beratnya mama saya. Mama mengalami sakit belakang. Ada kalanya mama mengalami kesakitan pada tulang pinggul, peha dan perut sebab deena semakin membesar. Perut mama dah besar macam belon. Dady suka ambil gambar perut mama yang besar tu sebagi kenang-kenangan. Oh sungguh siksa rupanya nak bawa deena kemana-mana. Hmm tapi mama sekarang cepat marah tak tahu lah deena kenapa.Mungkin mama penat agaknya. Deena pulak semakin aktif dan membesar dengan begitu ketara sekali. Mulai sekarang Deena kena jumpa Dr Nora selang dua minggu sekali. Deena rasa tentu mama tak sabar menunggu Deena keluar.Iskhh kacau lah auntie ni baru deena nak bercerita dia dah ajak mama deena balik. Ok berjumpa lagi dilain cerita. Nantikan kemunculan deena lagi beberapa minggu dialam fana ini. Best sangat ke dunia mama tu.
 
 
 

09 Mei 2003)
Irdeena Maisarah wrote.....
Awak dah tahu ke...dah tahu ke belum ni...cakap lah betul betul kalau awak semua belum tahu ni saya nak kasi tahu.Saya ni adalah tuan punya site ini.Mama buat untuk saya. Ni saya nak war-warkan kepada semua yang saya telah pun selamat dilahirkan dibumi ALLAH ini pada 20 Feb 2003 jam 5.52 petang di hospital Pantai Kuala Lumpur.

 

Awak masih tak tahu lagi kan. Ni sekali lagi saya nak bagitahu juga yang mama dan daddy telah sebulat suara memilih nama saya sebagai Irdeena Maisarah yang bermaksud kehormatan kami / kesenangan dan kekayaan. Oklah since saya dah lahir saya yang akan take over this journal but I could not promise you guys since I'm quiet busy learning lots of new thing. Biasalah orang baru.

Masa saya lahir mama said bila Dr Nora angkat saya dengan keadaan yang masih berlumuran darah tu saya menangis sekuat hati satu floor boleh dengar suara saya yang nyaring tu. The best part is saya terus bukak mata once Dr nora letak saya atas dada mama.Wow bestnye bestnye now I can see my real mama.Saya pusing kanan saya namapak daddy saya sedang duduk diatas kerusi.Iye ke.Mana saya pandai pusing lagi time tu. Selama ni saya dengar suara mama pagi-pagi bagi salam dan good morning sahaja.

Now saya dah berusia dua bulan 10 hari.Last night saya belajar pegang benda. Daddy looks so happy bila dia tengok saya cabut my puting dari mulut then saya pegang. Muahhh I love my dady and my mom.Tapi kan sejak dah dua bulan lebih ni saya da sedikit ngada-ngada....kesian kat mama kat dady dgn kat ibu.Saya tak suka diletak saya nak mereka dukung dan dirikan saya.Argghh saya memang mengada-ngada.Kalau diorang tak angkat saya nanti saya nangis kuat2 saya jerit sekuat hati saya.Mesti mereka sume tak sampai hati tengok saya menangis. Seronoknyeeerr.Jumpa lagi saya tak sabar nak membesar
 

3 Month
(27 Mei 2003)
Irdeena Maisarah wrote.....
Saya dah masuk 3 bulan sekarang.Yeaahh...yeaahhhh mama gembira daddy pun gembira. dady suka bermaindengan saya. Bila mama balik kerja daddy akan ambil saya dari dalam kereta lepas tu daddy tunjukmacam-macam pada saya. Malam tadi daay cuba ajar saya mnyarap tapi nampaknya saya belum bersedialah.Beberapa hari lepas saya cuba buat lawak dengan mama. Masa tengah minum susu mama agah saya lepas tu saya pun mulalah gelak dengan kuatnya. Yahooo saya sudah pandai gelak melekek-lekek seperti orang besar.Bestnya..Tapi...yang tak bestnya saya suka meragam specially bila mata saya mengantuk sangat sangat. Kadang-kadang kesian kat Mama. Mama tengah drive saya rasa nak tidur sangat tapi saya takmo tido dekat baby seat tu tak selesalah.Saya nak buaian saya nak mama peluk saya maka saya akan menangis sekuat-kuat hati.

 

Mama pun apa lagi mulalah panic mesti mama fikir mana nak berhenti kat dalam keadaan jalan yang sesak-sesak ni.Saya tengok mama risau sedih bila lihat saya menangis kuat-kuat macam tu.Puas juga mama pujuk saya tapi nampaknya tak berjaya.Waktu macam ni puting pun saya dah tak heran.Sorry mama I love you. Yang saya tahu saya nangis sampai lah ada orang yang angkat saya

Saya dah mula pusing-pusingkan badan.Saya dah tak sabar nak belajar meniarap.Ala-ala mama masa palapes dulu. Saya nak cepat besar nanti saya boleh main-main dan lari-lari dengan mama dan daddy. Sekarang tidur dalam buaian pun dah susah saya dah mula berpusing.Tidur cara mengiringlah pulak.Mama yang risau takut saya lemas padahal buaian tu ada lubang2.Tapi bila mama tiarap kan saya kejap saja saya bertahan lepas tu kepala pun mula terlentuk pada bantal.Kan saya dah kata saya belum bersedia.

4 Month
(17 Julai 2003)
Irdeena Maisarah wrote.....

Lagi 3 hari lagi saya nak masuk 5 bulan tau. Saya mesti nak tulis jenel ni sebab ada peristiwa yang saya perlu ingat. Semalam mama potong rambut saya. kepala saya sudah botak sekarang. Bukan mama potongkan tapi auntie yang tukang gunting rambut tu lah yang telah memesin rambut saya. Saya tak nangis masa auntie tu potong rambut saya. Kepala dah botak saya rasa tentu saya sudah tidak cun. Tapi kenapa semua orang masih kata saya ni comel walaupun kepala saya dah botak. Pelik sungguh orang dewasa ni. Diorang ni tak tahu agaknya. Memang lah semua baby itu comel termasuk lah saya. Baru saya dapat rasa bagaimana menjadi manusia yang tak ada rambut. Seronok sekali sebab kepala saya sentiasa berangin dan terasa ringan. hahh haahh sebenarnya rambut saya bukannya. banyak sangat pun. Adalah seciput

Dua tiga hari kebelakangan ini perut saya tidak menentu. Saya asyik lah buang air besar sehari sampai 3-4 kali. Kesian pada mama dan ibu yang kena tukar diaper saya selalu. Mama macam risau dengan keadaan saya tapi moyang kata biasalah budak kecik kalau berak selalu tu elok. Moyang saya ad ni KL kat rumah emak ibu. Lagipun moyang kata saya sedang beralih bulan. Biasalah orang tua-tua ni kan macam-macam term yang diorang gunakan untuk merujuk sesuatu kes. Orang tua makan garam lebih dahulu.

Saya dah mula makan nestum. Mama mulakan makanan pertama saya dengan nestum dan soya. Dah mula sejak saya beusia 4 bulan yang lalu. Buat masa sekarang tak banyak perkembangan fizikal yang berlaku pada saya. Saya masih menyarap lagi dan belum belajar merangkak. Tapi sudah mula belajar angkat bontot. Nak masuk 5 bulan saya mesti tak suka sebab nanti saya kena injection lagi.

Muntah-muntah arghhh saya masih muntah2 sampai sekarang. Sejak lahir saya begini. Saya muntahkan semula susu yang saya minum, nestum yang saya makan. Nak kata susu saya tak sesuai tidak juga sebab ada masa saya muntah, ada masa tidak. Tapi mama susah hati bila saya muntah-muntah.

Ok hingga bertemu lagi di lain lembaran. Sayang mama dan daddy forever.

 

Baby's Journal
6 Month
(7 Sept 2003)

Irdeena Maisarah wrote.....

Assalamualaikum apa khabar semua disana. Deena sihat-sihat belaka cuma ada selsema sedikit. Semenjak sudah berpindah ke Taska ni asyik sahaja diserang selsema. Macam mana nak cakap kat mama yang deena tak suka tinggal di taska itu. Deena rindu pada ibu pada kak baby pada abang Luqman. Tapi ibu dah tak jaga deena lagi. Jadi sejak bulan Sept 2003 ni deena dah mula masuk Taska kat tempat kerja mama. Walaupun ramai kawan disitu tapi deena rasa tak seronok. Diorang selalu kena selsema dan deena pun dah berjangkit. Mama asyiklah bagi deena makan ubat selsema. Lepas tu bagi lagi deena makan vitamin C. Masuk taska semula kena selsema lagi tak best la kat situ. Deena pun tak dapat layanan yang istimewa macam duduk dengan ibu dulu. Tu lah sebab sekarang deena kuat menangis kuat merajuk sebab nak perhatian lebih dari mama dan daddy. Pagi-pagi bila mama hantar kat kakak mesti deena pusing-pusing tak nak pada kakak. Tapi akhirnya kena tinggal juga dengan mama. Kakak tak jaga deena macam ibu jaga deena sebab kakak nak kena jaga 3 orang kanak2 lain juga. Macam mana la kakak nak tumpukan perhatian pada deena. Masa hari kedua deena kat taska kepala deena habis kena gigit semut. Deena tahu mama memang nak marah kat kakak tu tapi mama ni berlakon aje tanya kakak tu baik2. Memang lah mama marah kakak tu buat tak tahu aje kepala deena kena gigit semut habis bintat2 banyak pulak tu. Tak sapu apa-apa ubat pun deena yang menahan kegatalan. Balik barulah mama letakkan ubat. Hilang semua bintat2 dan gatal tu.

Deena tahu mama sebenarnya rasa tak selesa deena di Taska tapi mama tak ada pilihan. Kat taska senang mama boleh sampai pejabat sebelum pukul 8.00 walaupun keluar rumah 7.15. Kalau dulu masa duduk dengan ibu 6.30 pagi kami dah tepaksa keluar rumah untuk mama tiba sebelum jam 8.00. Pernah deena dengar mama dengan daddy bincang nak ambil pembantu rumah tapi akhirnya tak jadi juga sebab rumah kami tak sesuai lagi untuk pembantu. Lagi pula mama kata tak ada privacy. Tak tahu lah mungkin mama nak cari orang untuk jagakan deena.

Deena makin tembam sekarang. Deena memang suka makan selain dari suka mandi. Kalau mama bagi susu lambat mesti deena nangis kuat-kuat. Sekarang lagi seronok macam-macam yang deena dah makan. Mama main suap aje semua benda yang mama rasa sesuai untuk deena. Kat taska sekarang deena diberi makan bubur setiap hari.Kat rumah mama tak kasi makan bubur lagi balik-balik makan paste epal yang masam tu. Dengan nestum dengan biskut dengan oren semua mama bagi. Deena makan sahaja. Seronok juga dah besar ni. Sekarang gusi dah rasa gatal-gatal asyik nak gigit-gigit aje. Tak lama lagi agaknya deena akan tumbuh gigi. Ok itu sahaja cerita terkini deena. Nanti mama akan downloadkan gambar terbaru deena. Seronoknya sabtu ni nak balik kg mama jumpa mak dan tok ayah.

Taa taaa..tiii..tiii.....tuuuu...tuuuuu
 

Baby's Journal
7 Month
(17 Okt 2003)

Irdeena Maisarah wrote.....

Assalamualaikum deena kembali lagi setelah lama menyepi. Apa khabar semua deena sihat alhamdulillah. Mama pun sihat daddy pun sihat juga. Deena balik kampung minggu lepas sebab mama kena pergi kursus. Seronok betul duduk kampung sebab emak dan tok ayah yang jaga. Hmm best sungguh rasanya kalau mama tinggalkan lama-lama pun deena tak kisah. Tapi mula2 tu deena tengok jugak kiri kanan pusing sana sini mana mama dengan daddy ni tapi lama2 lepas tu baru tahu mama dan daddy dah balik KL.

Hari ahad  masa kat kampung deena jatuh buaian. Deena nangis kuat2 sebab baru pertama kali jatuh. Sakitlah deena rasa tu lah deena nangis sebab sakit dan takut dan terkejut. Daddy rasa takut tengok deena nangis daddy urut-urut belakang deena dan dukung sambil pujuk-pujuk deena. Deena kena sakit mulut juga. Takmo minum susu rasa tak sedap dan sakit. Mama pun risau tengok mulut deena putih-putih. Tapi sekarang dah semakin baik.

Masa kat kampung first time masuk walker deena jalan laju laju laju sampai langgar pasu bunga emak. Wahh dah boleh gerak-gerak sesuka hati. Seronok betul dapat rayau seluruh rumah emak.

Paling best deena dah tumbuh gigi. Sekarang sudah ada 3 batang. Satu diatas dua dibawah. Deena gigit puting botol susu sampai sudah jadi besar.Makan pun dah seronok sekarang sebab sudah mula pandai kunyah-kunyah.

Mainan deena semakin hari semakin banyak. Deena suka main-main semua permainana yang ada. Ini mainan deena yang mama belikan best deena selalu masuk kat dalam tu jadi mcm khemah.


 
Baby's Journal
7 Month
(19 Jan 2004)

Irdeena Maisarah wrote.....


 
Selamat Tahun Baru. Rasanya belum terlambat lagi untuk Deena ucapkan buat semua kawan-kawan di luar sana. Dah lama rasanya tak berjumpa kan. Deena sedih sebab sejak bulan lepas deena tak sihat. Deena mula kena demam pada 13 Dec 2003  sampai satu ketika Deena dimasukkan ke hospital. Doktor suspek Deena kena denggi tapi bila check semula doktor kata deena dijangkiti virus dan kena pneumonia. Kesian pada mama yang bersusah payah menjaga deena.
20 Dec 2003  deena ditahan di PMC mama dan daddy yang menjaga Deena. 3 hari selepas itu Deena keluar dan kami terus balik kampung. Masa ni rumah emak sedang sibuk sebab Pak Lang deena nak kawin. Lepas bercuti dari kampung rasanya macam dan sihat sedikit.Jumaat 2 Jan 2004 mama bawak deena inject campak. Seminggu selepas itu deena kena demam campak yang teruk. Hari Selesa Emak bawak deena balik kampung. Demam makin teruk sampai doc kat klinik suruh masuk hospital.Emak terus ubatkan cara kampung. Mama dengan daddy masih di KL. Deena rindu sgt dengan mereka menyebabkan demam deena makin teruk.
Hari Sabtu mama dan daddy sampai. Mama nangis tengok keadaan deena yang teruk. Deena rasa lega sebab dah jumpa daddy. Berat badan dah turun lebih 3 kg. Makan tak selera dan susu takmo minum. Hari selasa balik kg nenek di Muar. Semakin hari semakin segar.Pulih 80% pada hari khamis tu tapi entah mcm mana demam semula sampai hari Isnin.Mama dan daddy masih cuti dan bawa deena pergi Klinik di Melaka.Emak suruh tinggalkan deena di kampung lagi sampai baik tapi daddy tak mahu berpisah. Akhirnya kami sekeluarga berangkat ke Kuala Lumpur pada malam itu.
Alhamdulillah lepas jumpa mama dan daddy demam makin beransur pulih. Mama dah mula kerja macam biasa. Deena pergi taska tapi masih tak segar sangat jadi baring sahaja kat sekolah. Tak aktif mcm kawan2 lain. BIla mama datang ambil baru lah deena ceria. Deena takut kena tinggal lagi.


Gambar2 semasa pak lang kawin