Al-Kisah 
Mama kata mulanya dia takut nak buat pregnancy test sebab dia tak mahu over excited. Walaupun mama dah due seminggu dari tarikh yang sepatutnya tapi mama buat rileks. Malah masa tu mama sempat pergi tournament netball yang berlangsung di Kuantan. Tapi balik dari Kuantan mama rasa badannya sangat letih.Mama tak mahu tunggu lebih lama lagi kerana ada banyak lagi kejohanan bolajaring yang mama kena main. Tanggal 28 June 2002 hari Jumaat waktu pagi mama pun buat test. Jeng..jeng jeng...dapat aje keputusan pastinya positive kalau tidak tentulah kita tak wujud lagi kat dalam perut mama kita ni. Mama pun melompat-lompatlah kat dalam bilik air kegembiraan. Lepas mama tunjuk kat dady result tu. Hmm daddy senyum aje. Uhhh bahagianya rasa bila mama dah tahu kita dah ada kat dalam perut dia.Jadi kita tak perlu takut lagi sebab kita takut mama kita kuat melompat-lompat.


Masa mama pergi klinik tu Dr. kata mama dah 6 minggu. Kita pasang telinga aje dengar apa yang dr. cakap. Sembang punya sembang Dr. kata kita keluar bulan Feb 2003. Aikk itu bulan birthday mama kita lah. Lepas tu Dr. kata plak mungkin mama deliver 25 Feb 2003. Mama bukan main happy lagi. Kita argghh nanti kena celebrate birthday ngan Mama. Tak bestnya. Daddy macam biasa senyum-senyum aje bila mama cerita. Hmm daddy kita memang pemurah senyumnya tapi mahal suaranya.Kita ni duduk dalam perut asyik pasang telinga saja kerjanya.

|| Home || Journal || Gallery || Guestbook ||