Make your own free website on Tripod.com
R.e.a.l.i.s.t.i.k

29 Mei 2003

sebuah kisah yang panjang dari aku.......
Sorrylah kerana sudah lama tidak update jenel.malah aku sendiri terkejut bila aku bukak jenel dan masih nampak lagu korea winter sonata tu.tengok aku dah start jadi pelupa semula.Heee..maaf le kesibukan..biasalah manusia memang sentiasa memberi pelbagai alasan kalau mereka gagal buat sesuatu termasuklah aku.Anyway inilah kehidupan makin hari makin sibuk makin banyak kerja makin tidak terurus tapi anak dan suami terurus cuma diri sendiri aje yang rasa macam tak teratur. Aduh kepala dah start sakit. Tiba-tiba aku rasa pening bila mengadap pc ni lama-lama.So I need to rest.Aku tengah ubah iview tadi lepas tu aku hang mcm mana aku nak mapkan pc aku dengan portal server untuk aku copy iview yang ada kat server tu.Argghhh pening rupanya bukan senang nak buat kerja ni but I love my new job. Compare dengan kerja yang lama dan tak best tu...tapi kenapa ekk malam tadi aku mimpi cik Mat dia pujuk aku still suruh aku handle DRP bawah dia kenapa ekk.Merayu-rayu aku tak nak buat kerja tu lagi aku tak suka sebab banyak buat documentation. Tapi bila jaga baru tahu aku mimpi.Tapi kenapa mimpi tiba-tiba sedangkan kerja tu dah lama aku tinggalkan sejak bulan 10 lagi.
Anyway hari ni TNB buat EGM.Aku dapat ke tak itulah persoalan yang masih berlegar2 dikepala aku ini. Kalau dapat pun berapa 10 ke 25 uiisshh pening bila aku baca prospektus yang TNB bagi kemungkinan besar aku tak akan dapat.Dapat apa dapat saham TNB...uiiiisshh kalau tak dapat bukan rezeki kita lah dik. Aku kata pada Irdeena Maisarah. Kalau dapat 10 pun jadilah rezeki anak aku lah tu.10 tu syarat bagi yang bekerja kurang dari 5 tahun. Aku bulan 9 ni genap 5 tahun bersama TNB. Duit saham lah yang membuatkan aku boleh beli rumah bulan 10 haritu. Mana nak cari duit cash sebanyak 25K untuk banyak downpayment dan duit lawyer. saving aku pun tak sebanyak itu tapi alhamdulillah ada duit saham yang aku peram dalam ASB siap dapat rasa bonus ASB 1K kerana duit saham jugak la. Aku dah dapat 15 lot masa bulan 5 haritu. Kemungkinan besar tak dapat lagi.Tapi tak tahu takmo fikir sebab kalau tak dapat tentulah keciwa yang teramat. Tentu darling pun kecewa sebab dia nak at least 3 lot dari saham aku itu.Doakan ye semoga murah rezeki kami sekeluarga. malas nak fikir dan takut nak dengar berita
TNB baikkan sebab bagi kami bonus setengah bulan Jun nanti. Terima kasih TNB.Penggerak Kemajuan Negara. Sayang TNB muahhh hopefully bonus ni tak akan potong bonus yang akan dapat hujung tahun nanti.Kalau kena potong hmm....tentu tak best sebab sama jugak instead of kami dapat 2 bulan tentu hanya akan dapat 1 bulan setengah aje.Tak nak lah kan. Anyway itu rezeki jugak dalam keadaan yang terdesak tersedak ni setengah bulan itu satu nilai yang besar. 
Nasihat 
Aku nak bagi nasihat menabunglah dari sekarang atau belilah saham sekarang sebab inilah masanya untuk beli saham kerana harga saham murah atau kalau tak mampu beli saham tabungkan duit tu sedikit demi sedikit. Sebab menurut pakar ekonomi yang tidak bertauliah dan juga pakar saham yang brpengalaman sejarah mengajar bahawa index saham dunia akan meningkat selepas berlakunya sesuatu perang. Aku ada juga buat simpanan jangka panjang melalui pembelian unit trust.Aku tak tahu keberkesannya tapi aku plan nak simpan 5k tu selama 3 tahun dan nak tengok hasilnya.Kalau memberansangkan atau pulangannya lebih baik dari simpanan di ASB mungkin kalau ada duit lebih in future boleh labur dengan lebih banyak lagi.
Perancangan
Ada tak dengar atau bau2 mana projek perumahan baru yang menjual apartment sekitar harga RM100K dan ke bawah. Kalau ada email kan kat aku ye. Kalau boleh nak cari sekitar lembah klang. Merancang untuk beli satu apartment sebagai investment. Semalam pergi Wisma Peter nak check apartment baru di Taman petaling Utama.Malangnya lambat dan apartment yang harga RM69K terlepas begitu sahaja sebab dah sold out.
Irdeena Maisarah
Anak aku yang cute dan comel itu sekarang sudah 3 bulan.Sudah mahu belajar meniarap sudah pandai gelak dengan kuat sudah pandai mengada-ngada dan kuat menangis bila nak tidur. Sabar ajelah tapi daddy dia begitu seronok melayan kerenah anak dia yang seorang itu.Cuma mama dia yang penat tak habis. Tapi tak slim-slim jugak mama dia tu. Penat-penat jugak tapi makan still berselera. Macam mana nak buat ni.
+ + + + + + + + + + + +
 

Guestbook

Email

Feb2003

home

weddingku

Archive
aku geng jenel

Free Guestbook by Guestpage
[ View My Guestbook ] [ Sign My Guestbook ]