PROGRAM 1 : PERSEDIAAN KEROHANIAN
 

Objektif :
Menanamkan ketahanan mental, fizikal dan kawalan emosi.
Melahirkan anak-anak yang sihat, soleh dan cemerlang.

Aktiviti :
1. Sujud Syukur, Kerana Anak Itu Aset Yang Amat Berharga.

Anak adalah amanah dan tanggungjawab kepada kedua ibubapa.
Firman Allah dalam surah Al-Tahrim ayat 6:
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka”

Rasulullah s.a.w. pula telah bersabda:
Maksudnya : “Setiap dari kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya” (Riwayat Bukhari)
 

2.Mengamalkan Solat Hajat.

3.Mengamalkan Membaca Surah-Surah Tertentu Seperti Membaca Surah Luqman, Surah Yusuf dan Surah Maryam.

4.Mengamalkan Doa-Doa Yang Ma’thur :

Surah Ibrahim ayat 40:
Maksudnya : “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”. 

Mengamalkan doa-doa:
Doa Kanzul `Arsy
Doa Ukasyah
Doa Haikal
Doa ketika ingin melahirkan anak.

Memperbanyakkan bacaan Al-Quran, zikir dan doa seperti Ayat kursi, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.
 

5. Sentiasa Bertaubat, Beristigfar Dengan Bersolat Taubat.

Ketika sedang hamil, suami isteri digalakkan sentiasa beristigfar (memohon ampun) terutama setiap kali selepas solat fardhu. Selain itu, Solat Taubat, Solat Tahajjud dan Solat Hajat juga hendaklah diamalkan supaya pasangan itu sentiasa di dalam keadaan bersih dan suci imannya.

Firman Allah Taala dalam surah Nuh ayat 10-12:
Maksudnya : “Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan
menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu. Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak dan Ia akan mengadakan bagi kamu
sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)”.

6.Mambaca Zikrullah ( Tasbih, Tahmid, Takbir Dan Tahlil )

Rasulullah s.a.w. bersabda :
Maksudnya : “Dua kalimah yang disukai oleh Allah dan ringan diucapkan pada lidah namun berat pada timbangan iaitulah kalimah Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil ‘Azimi” Muttafaqun A’laih

7.    Memperbanyakkan Selawat
Pasangan suami isteris dituntut dan digalakkan supaya sentiasa memperbanyakkan selawat ke ataas Nabi Muhammad s.a.w. 

Rasulullah s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bin Al-‘Ash r.a. :
Maksudnya : “Sesungguhnya sesiapa yang berselawat ke atasku sekali Allah s.w.t. akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. Riwayat Muslim

8. Menghadiri Majlis Ilmu Dan Majlis Berbentuk Kebajikan
Bagi meningkatkan dan menguatkan pengetahuan keagamaan sayugia digalakkan pasangan suami isteri menghadiri majlis-majlis agama seperti ceramah agama, kuliah-kuliah, kelas takmir, forum, usrah, tazkirah, seminar dan sebagainya.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya : “Sesiapa yang melalui satu jalan kerana menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke Syurga.Riwayat Muslim

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
Maksudnya : “Barangsiapa yang keluar (dari rumahnya) bagi tujuan menuntut ilmu (yang baik) maka sesungguhnya ia berada di jalan Allah sehinggalah ia kembali.

9.    Menjauhkan Diri Daripada Majlis-Majlis Yang Berunsur Maksiat Dan Mungkar.
Semasa isteri sedang mengandung, ia merupakan waktu yang amat sensitif bagi pertumbuhan dan perkembangan bayi. Oleh itu, suami isteri hendaklah menjauhi tempat-tempat maksiat seperti pesta-pesta hiburan, kelab malam, tempat perjudian, funfair, konsert-konsert yang bertentangan dengan Islam dan sebagainya.

Sabda Rasulullah s.a.w. :
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah tidak akan mengumpulkan (mempersatukan) umatku atas kesesatan. Kekuasaan dan rahmat Allah pastilah berada pada orang-orang yang berkumpul untuk
kebaikan. Barangsiapa yang menyendiri (memisahkan diri dari kumpulan yang baik) maka ia akan terpencil di dalam neraka”. Riwayat At-Tirmizi

10.Membaca Buku-Buku Doa Dan Kisah Teladan Seperti Lelaki Soleh Dan Wanita Solehah.

Firman Allah Taala dalam surah Yusuf ayat 111:
Maksudnya : “Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung di
dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman”.

11. Menjauhi Diri Dari Membaca Dan Menonton Bahan-Bahan Negatif Dan Lucah Seperti Majalah-Majalah Hiburan, Filem-Filem Dan Sebagainya.

Firman Allah Taala dalam surah An-Nur ayat 30:
Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara
kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka ke

Sabda Rasulullah s.a.w. :
Maksudnya : “Telah ditulis ke atas anak Adam itu bahagiannya daripada zina yang tidak mustahil berlaku ke atasnya iaitu :
               Zina kedua biji mata ialah memandang benda-benda yang haram.
               Zina kedau telinga ialah mendengar benda-benda yang haram.
               Zina lidah ialah berkata-kata kalimah yang tidak baik.
               Zina tangan ialah melakukan kezaliman.
               Zina kaki ialah melangkah ke tempat maksiat
               Zina hati ialah keinginan yang melampau dan banyak angan-angan.

Kemuncak zina ialah melakukan perbuatan zina dengan kemaluan yang dihukumkan had zina ke atasnya”

12.    Menggunakan Kata-Kata Atau Perkataan Yang Positif.
Isteri yang hamil dan suaminya hendaklah mengeluarkan kata-kata yang positif dan baik.

Firman Allah Taala di dalm surah Al-Baqarah ayat 263:
Maksudnya : “(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan
perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar”.

Perkataan yang positif dan baik ini amat perlu dalam menjaga perasaan dan hubungan suami isteri. Selain itu, perkataan-perkataan yang baik juga merupakan doa dan dorongan yang memberikan
perangsang.

13.    Menjauhkan Perkataan Yang Negatif
Isteri yang hamil dan suaminya juga hendaklah meninggalkan kata-kata yang negatf.

Firman Allah Taala dalam surah Luqman ayat 19 :
Maksudnya : “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai”.
 

14.    Halawah Muhasabah.
Ia lebih merupakan perbincangan antara suami isteri seperti menceritakan kelemahan masing-masing dan tegur-menegur di dalam perkara-perkara yang boleh mejejaskan keharmonian rumahtangga.

 

PROGRAM 2 : PERSEDIAAN MENTAL DAN EMOSI

Objektif :

Memberi kefahaman tentang perubahan yang berlaku kepada ibu yang hamil sama ada dari segi emosi, mental dan fizikal.
 

Aktiviti :

1.    Memahami Psikologi Perubahan Fizikal Serta Emosi Isteri Yang Hamil.

Isteri yang hamil dan suaminya perlu memahami perubahan-perubahan tersebut adalah ketentuan dan kurniaan dari Allah Taala.

Firman Allah Taala dalam surah Luqman ayat 14 :

          Maksudnya : “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung
          hingga akhir menyusukannya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah)
          kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)”. 

Elakkan Isteri Yang Hamil Dari Tertekan Emosi.

Suami hendaklah memainkan peranan dalam usaha mengurangkan tekanan emosi yang sedang dihadapi oleh isteri dengan cara menunjukkan kasih sayang yang sejati dan sentiasa berada disisinya di waktu
lapang serta sentiasa menunjukkan sikap mengambil tahu dan prihatin kepadanya.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

            Maksudnya : “Jangan memperkecilkan (meremehkan) perbuatan kabaikan sedikitpun walau sekadar menyambut kawan dengan muka yang manis”.

                                                                                                                  Riwayat Muslim

2.    Memberi Motivasi Diri.

Suami hendaklah memberi perangsang dan dorongan ke atas isterinya supaya bersabar di atas segala dugaan ketika sedang hamil.
 

3.    Menerangkan Kelebihan Dan Keistimewaan Isteri Yang Hamil.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

          Maksudnya : “Setiap wanita di antara kamu yang melahirkan tiga orang anak, mereka akan menjadi hijab baginya api neraka. Seorang wanita di antara mereka menyahut; Bagaimana kalau
          dua orang anak? Baginda menjawab: Dua orang anak pun demikian juga”. 

                                                                                                                Muttafaqun A’laih
 
 

 

PROGRAM 3 : PERSEDIAAN FIZIKAL DAN MENTAL
 

Objektif :
Kesihatan adalah mahligai khasnya dalam masa wanita itu mengandung untuk melahirkan bayi yang sihat dari segi fizikal dan mental.
 

Aktiviti :
1. Memastikan Isteri Dalam Keadaan Sihat.

Suami hendaklah memastikan kesihatan isterinya sentiasa berada di dalam keadaan yang memuaskan.

Firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah ayat 195 :

Maksudnya : “Dan belanjakanlan (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan ) perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalananya.
 

2.  Mendapatkan Pemeriksaan Kesihatan Dan Rawatan.

Isteri yang hamil haruslah sering mendapat pemeriksaan dan rawatan daripada pakar perubatan dan sentiasa mematuhi arahan dan nasihat yang diberikan oleh mereka. Kegagalan berbuat demikian boleh
menjejaskan kandungannya.

Kata-kata Hikmah ada mengatakan:
Maksudnya : “Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati”.
 

3.    Mendapatkan Khidmat Nasihat.
Isteri perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada mana-mana pakar yang difikirkan sesuai dan menurut kehendak Syara’.
Firman Allah Taala dalam surah Az-Zaariat ayat 55.
Maksudnya : “Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.”
 

4.    Mengamalkan Cara Hidup Sihat.

Isteri hendaklah memastikan makanan yang diambil adalah berzat. Digalakkan juga mengamalkan senaman ringan yang disyorkan oleh pakar-pakar jasmani disamping tidur yang mencukupi.
 

5.    Memakan Makanan Yang Halal, Seimbang Dan Berkhasiat
Suami hendaklah bertanggunjawab menentukan makanan yang diambil itu adalah yang halal dan berkhasiat kerana makanan ini akan mempengaruhi pertumbuhan bayi dan akhlak anak yang bakal dilahirkan.

Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 168:

           Maksudnya : “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu”.
 

6.    Menjauhi Segala Bentuk Budaya Dan Amalan Khurafat.

Islam amat melarang umatnya daripada mengamalkan bentuk-bentuk mempercayai dan mengamalkan khurafat dalam kehidupan seharian, lebih-lebih ketika isteri sedang hamil. Antaranya seperti melenggang perut dan sebagainya yang bertentangan dengan Syara’. 

Allah Taala berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 90:

           Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, memuja berhala dan bertenung nasib adalah daripada amal perbuatan Syaitan, maka hendaklah dijauhi”.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

           Maksudnya : “Barang siapa yang mendatangi tukang tilik dan bertanyakannya tentang sesuatu perkara lalu dia membenarkannya, maka tidak akan diterima (Allah) baginya sembahyang selama 40 hari”.

                                                                                                                  Riwayat Muslim

7.    Mengamalkan Petua-Petua Yang Tidak Bercanggah Dengan Syariat.

Untuk memperolehi anak yang diidamkan, beberapa petua yang tidak bertentangan dengan Islam boleh diamalkan, antaranya :-

Doa untuk mendapatkan anak yang Soleh.

            i)    Surah Al-Furqan ayat 74:

       Maksudnya : “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuniat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa”.

            ii)    Surah Al-Hijr ayat 17 :
          Maksudnya : “Dan Kami pelihara (urusan) langit itu dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang kena rejam”.
 

            iii)    Surah Al-Baqarah ayat 128:
           Maksudnya : “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua : orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri)  kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani”

            iv)    Surah Ali Imran ayat 36:
           Maksudnya : “Maka apabila Ia melahirkannya, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-hurapkan ialah anak lelaki), dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu dan memanglah tidak soma anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanyu aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan pelharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dan: godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)”.
 

  Doa untuk mendapatkan anak kembar :-

            i)    Surah As-Saaffaat Ayat 120:
          Maksudnya : “Salam sejahtera kepada Nabi Musa dan Nabi Harun!”.

            ii)    Surah As-Syura ayat 50:
           Maksudnya : “Atau Ia mengurniakan mereka kedua-duanya - anak lelaki dan perempuan, dan la juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya mandul. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa”.
 

     Petua-petua :-
            iii)    Minta doa daripada orang-orang yang soleh.
                    Firman Allah Taala dalam surah An-Nahl ayat 43:
            Maksudnya : Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui”.

            iv)    Nazar yang tidak bertentangan dengan syarak.
                    Firman Allah Taala dalam surah Ali Imran ayat 35:
 

           Maksudnya : “(lngatlah) ketika isteri lmran berkata: Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka tenimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

            v)    Jangan menzalimi binatang.
                    Firman Allah Taala dalam surah Ali Imran ayat 36:
 

           Maksudnya : “Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia:“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak   lelaki), dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian fuga zuriat keturunannya, dari godaan Syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)
 

8.    Riadah Dan Bersenam.
Isteri adalah digalakkan melakukan aktiviti senaman dan riadah bagi memudahkan proses melahirkan anak. Antaranya termasuklah berjalan kaki.

9.    Mengamalkan Membaca Surah-Surah Yang Memudahkan Bersalin laitu:
          a) Surah Al-Insyiqaq ayat 4:
                    Maksudnya : “Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong,”

          b) Surah Al-Hasyr ayat 3:
                     Maksudnya : “Dan kalaulah tidak kerana Allah telah menetapkan pengusiran (yang demikian buruknya) terhadap mereka, tentulah ía akan menyeksa mereka di dunia; dan  mereka pula akan beroleh azab seksa neraka pada hari akhirat kelak”.
 

10.    Suami Hendaklah Sentiasa Berada Di Samping Isteri Terutamanya Ketika Isteri Hendak Melahirkan Anak.
Ini adalah untuk menunjukkan rasa kasih sayang, simpati dan memberi semangat serta kekuatan seolah-olah suami sendiri merasakan kesulitan ketika hendak bersalin
 

11.    Mengamalkan Zikir.
Suami dan isteri hendaklah memperbanyakkan zikir terutamanya Kalimah Asma’ul Husna iaitu ‘Ya-Latif’. Tujuannya adalah untuk :-
     Melembutkan hati.
     Taat kepada ibubapa.
 

12    Mengadakan Sudut Bacaan.
Diharapkan pasangan ini dapat sentiasa mengamalkan sikap membaca buku-buku yang berfaedah. Mudah-mudahan tabiat ini akan diikuti oleh anak tersebut.

PROGRAM 4 : PERSEDIAAN PENGETAHUAN

Objektif:

Membekalkan ilmu pengetahuan secukup-cukupnya sebagai benteng yang kukuh dan kuat dalam menghadapi cabaran hidup.
 

Aktiviti :

1.    Banyakkan Menghadiri Majlis Ilmu.

Ianya bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w.:

          Maksudnya : “Sesiapa yang melalui satu jalan kerana menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke Syurga”.

                                                                                                         Riwayat Abu Daud dan Tirmizi

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi

            Maksudnya : “Barangsiapa yang keluar (dari rumahnya) dengan tujuan bagi menuntut ilmu, maka adalah ia berada di jalan Allah sehinggalah ia kembali”.

                                                                                                                  Riwayat Tirmizi

2.    Membanyakkan Membaca Buku-Buku Yang Berkaitan Dengan Kehamilan Dan Keibubapaan.

     Buku panduan ibu hamil.
     Mendidik anak cergas dan cerdas.
     Membaca ayat-ayat Al-Quran tentang kehamilan.
 

3.    Ilmu Berhubung Dengan Keberkatan Hidup Berkeluarga.

Firman Allah Taala dalam surah Al-Jin ayat 16:

           Maksudnya : “Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu benjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan
          terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka”.
 

4.    Pengetahuan Mengenai Cara Menyambut Kelahiran Bayi.

Suami perlu mengetahui cara-cara menyambut kelahiran bayi mengikut Islam antaranya:-

     Mengucap Al-Hamdulillah.
     Azan di telinga kanan.
     Iqamat di telinga kiri.
     Membaca surah Al-Qadar di telinga kanan.
     Membaca surah Al-Ikhlas 3 kali di telinga kiri.
     Membaca Surah Al-Insyirah di ubun-ubun bayi.
     Membaca Surah Al-Ikhlas, A1-Falaq dan An-Nas sebanyak 3 kali dan ditiupkan ke seluruh anggota badan.
      Ditahnikkan iaitu dengan membaca surah Al-Insyirah dan ayat 25-28 daripada surah Thoha dengan madu dan air zam-zam serta gunakan jari manis ditekankan di langit-langit bayi.

             Firman Allah Taala dalam surah As-Syuara’ ayat 84:
 

          Maksudnya : “Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian”.
 

     Memilih nama yang baik.
     Bercukur rambut dan ditimbang dengan nilaian emas atau perak dan diambil emas tersebut diberikan kepada fakir dan miskin.
     Bersedekah, beraqiqah dan berkhatan.
 
 

 

PROGRAM 5 : PERSEDIAAN KEWANGAN

Objektif :

Memberi maklumat supaya pasangan bersedia memantapkan ekonomi.
 

Aktiviti :

1.    Peruntukan Kewangan Untuk Kelahiran Bayi.

Firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah ayat 233:

          Maksudnya : “Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya”.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

            Maksudnya : “Cukuplah bagi seseorang mukmin mendapat dosa dengan hanya ia mengabaikan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya”.

                                                                                                                Riwayat Abu Daud

2.    Kewangan Dan Sumber Halal.

Allah Taala berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 172:

           Maksudnya : “Wahai orang-onang yang beriman! Makanlah dan benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu
          hanya beribadat kepadanya”.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

           Maksudnya : “Apabila seseorang lelaki (suami/bapa) memberikan nafkah yang diusaha atau dicarinya sendiri kepada ahli keluarganya, maka ia mendapat pahala sedekah daripadanya”.

                                                                                                            Riwayat Bukhari & Muslim

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:

           Maksudnya : “Sesungguhnya hasil yang paling baik untuk kamu makan adalah daripada usaha kamu sendiri dan sesungguhnya kelahiran anak-anak kamu adalah hasil dan usaha kamu”.

                                                                                                                 Riwayat Bukhari

Sabdanya lagi:

           Maksudnya : “Sesungguhnya manusia yang paling dukacita di hari kiamat kelak ialah orang yang berusaha mencari harta yang tidak halal (haram) maka ia akan masuk ke dalam neraka”.

                                                                                                                 Riwayat Bukhari

3.    Menyediakan Keperluan Yang Mencukupi.

Menyediakan keperluan yangcukup untuk ibu dan anak seperti makan, minum dan pakaian.
 

4.    Memperkukuhkan Yayasan / Tabung Keluarga.

Pasangan perlu memantapkan simpanan kewangan mereka untuk kegunaan masa depan dan di waktu kecemasan mereka.

Firman Allah Taala dalam surah Al-Qasas ayat 77:

           Maksudnya : “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah kau melupakan bahagiaanmu
          (keperluan dan bekalan) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah dan
          janganlah kau melakukan kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan”.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

           Maksudnya : “Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya dan tidak meninggalkan dunia kerana akhiratnya serta tidak berpenat lelah kerana manusia”.
 

5.    Elakkan Daripada Berhutang.

Berhutang adalah satu perkara yang perlu dielakkan. Walaubagaimanapun, pasangan suami isteri perlu berbincang sebelum berhutang. Pasangan ini juga digalak memperbanyakkan bacaan doa tertentu
untuk mengelakkan dibebani dengan hutang. 

Antara doa-doanya:

          Maksudnya : “Ya Allah aku mohon perlindungan daripadaMu daripada dibebani dengan hutang”.
 
 

 

PROGRAM 6 : BIMBINGAN DAN NASIHAT.

Objektif :

Untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan seterusnya dijadikan panduan dalam hidup berkeluarga.
 

AktivitI :

1.    Bertemu Dengan Pakar.

Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa cuba mengatasi segala masalah yang timbul dalam masa mengandung ini dengan merujuk segala masalah yang timbul kepada pakar di dalam bidang yang
berkaitan supaya ia dapat diatasi dengan secepat mungkin.

Firman Allah Taala dalam surah Al-Anbiya’ ayat 7:

          Maksudnya : “Maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri (orang yang tahu) jika kamu tidak mengetahui.”
 

2.    Khidmat Nasihat Para Ulama’.

Merapati para Ulama’ adalah satu perbuatan yang sungguh mulia. Pasangan boleh mendapat nasihat daripada mereka apahila mereka menghadapi masalah di dalam hidup mereka.
 

3.    Belaian Kasih.

Memupuk dan mempertingkatkan kasih sayang adalah panting dalam usaha-usaha ke arah belaian kasih sayang (Mawaddah dan Ralunah ) di antara suami isteri terutama di waktu ini.

Firman Allah Taala dalam surah Ar-Rum ayat 21:

           Maksudnya : “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa ía menciptakan untuk kamu (wahai kaun lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya
          kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
          keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berflkir”.
 

4.    Suami Sentiasa Berada Di Samping Isteri.

Suami hendaklah berada di samping isteri terutamanya di bulan-bulan akhir kehamilan. 

Firman Allah Taala dalam surah At-Taubah ayat 40:

           Maksudnya : “Semasa mereka (dua orang sahabat) berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

           Maksudnya : “Orang mukmin yang paling sempunna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya dan orang yang paling balk di kalangan kamu ialah orang yang paling baik terhadap
          isteri-isteri mereka”.

                                                                                                                  Riwayat Tirmizi

BEBERAPA KESILAPAN !!!!!!

      Melahirkan anak luar nikah.
      Anak bermasalah mental dan spiritual.
      Mengahwini manusia dan haiwan.
      Mengamalkan amalan khurafat / syirik / sesat.

 


Maklumat lanjut boleh didapati di:  http://www.ypkdt.org.my/