Make your own free website on Tripod.com
17 Oktober 2002
 

Aku memang nak tulis lagi-lagi bila ramai kawan2 yang memang tetiap hari dok melangut kat jenel ni mula komplen. Tapi nak buat macam mana, Opis baru kerja baru banyak pulak tu bosan memang le tak boleh nak kata. Ada aje alasan aku untuk lari ke HQ sebab nak hilangkan rasa bosan dengan keadaaan opis yang mandom sebab semua orang sibuk buat kerja semua orang sibuk kejar date line sebab semua orang sibuk mengadap laptop masing-masing dan tak hiraukan orang lain.Macam tu keadaan opis baru aku ni. Oh ya baby aku sihat alhamdulillah harap-harap lah sebab dia belum keluar perut aku makin membesar tapi tak besar sangat. Bagi orang yang dah jumpa aku untuk perut sebesar ni kalau 5 bulan semua akan kata kecik. Perut Noni yang 3 bulan tu lebih besar dari perut aku. Tapi tak apa ramai yang kat opis baru ni tak perasan aku pregnant itu yang best. Lagipun aku pakai baju kurung aje so memang tak ketara sangat.Mungkin jenis perut yang nipis agaknya.

Homepage baby dah terbengkalai hampir sebulan. Aku kan dah tak de masa . Email dengan YM pun tak sempat nak layan macam selalu. Kesian kat baby mama nampaknya hangat2 tahi ayam le homepage anak mama tu. Tapi dah 80% siap kan sayang so auntie dengan uncle kawan2 mama kat luar u boleh le tengok.. Check up baru ni baby dalam keadaan stabil tumbesaran normal. Tapi masih tak nampak le lelaki atau perempuan sebab masa scan tu kaki baby terlipat. Dia malu agaknya nak tunjuk. Aku excited jugak nak tahu anak aku lelaki ke pompuan. Asyik main teka2 aje tak syok la.Lebih tak syok lagi macam-macam spekulasi orang2 terdekat aku buat ada kata lelakilah kata pompuan la..aku nak keputusan yang sahih.

Berat badan. Ada ke norm kata dia main teka aje aku ni dah jadi besar le sangat. Sebenarnya aku rasa macam tak naik sangat pun tapi dalam tak terasa naik tu sebenarnya berat aku dah naik hampir 10kg. Aku timbang dah 75kg. Timbang baru ni aku macam tak percaya yang bulan lepas aku naik hampir 4 kilo. Mungkin baju aku tu berat sebab masa hari checkup aku pakai jubah yang kainnya agak berat maksud aku materialnya la.. Hmm tak mungkin sampai 4 kilo. Part lain semua maintain except for perut dan kawaasan yang sewaktu dengan nya. Aduh Sera akak memang semakin Teja sekarang. nakal budak sera ni.

Aku belum baik demam dah seminggu aku kena demam. Mulanya kena sakit tekak bila batuk-batuk mulalah aku kena semput. Peh dua hari tu agak nyawa-nyawa ikan tapi lepas kena pam kat klinik baru lega sedikit. Hmm lepas tu aku tak kebah-kebah.Mulalah badan rasa tak menentu dengan demam batuk selsema dan paling tak tahan sakit kepala. ALLAH sahaja yang tahu. Aku balik kampung keadaan sedikit berkurang tapi sampai hari ni aku masih ada batuk-batuk. Alamak baby mama mneguit-nguitlah kat dalam perut. lapar ke

Masa demam yang teruk 3 hari awal tu aku risau dengan baby aku sebab sepanjang hari aku tak aktif anak kat dalam perut pun jadi tak aktif. Mungkin dia pun rasa tak selesa sebab aku semput dengan badan aku panas yang agak kuat. Bila batuk ya ALLAH rasa nak terburai semua. Tapi now alhamdulillah baby pun bukan main aktif lagi dalam perut specially malam pukul 10 hmm time orang nak tido time tu dia kuit2 perut kita.