01 Julai 2002

Beberapa hari kebelakangan ni aku rasa letih dan malas. Jadi pelik bila lihat perubahan pada diri aku. Dalam hati rasa macam nak buat tapi badan rasa tak daya dan tak larat. Darling ajak main helikopter baru-baru ni pun aku tak mahu ikut. Aku lebih suka berbaring di sofa sambil menonton TV. Darling pun pelik selalunya kalau nak keluar aku yang paling beria tapi sekarang ni aku lebih suka bermalas-malasan di rumah. Dia pun rasa tak sampai hati nak keluar tapi aku kata tak apa sebab dia dah janji dengan Din. Semua aku malas nak buat. Aku biarkan sahaja keadaan rumah yang agak berterabur. Kadang-kadang mata tak tahan melihat mulut membebel sendirian tapi tangan dan kaki masih tidak bergerak. Darling seakan faham keadaan aku balik main heli malam tu terus dia tolong basuhkan pinggan mangkuk yang 2-3 biji didalam sinki. Aku malas nak masak sebab aku sudah mula tidak suka kepada bau yang pelik. Aku masak sup sebab sup adalah makanan yang aku suka tapi peliknya aku hanya makan beberapa sudu sahaja sup ayam yang aku masak. Aku masak nasi goreng dan hanya jamah beberapa sudu jugak. Perut aku rasa mual dan selera aku begitu tertutup.

Jumaat lepas aku pergi ke Klinik. Pagi tu sebelum pergi ke office aku nekad untuk check sebab minggu depan aku ada tornament netball. Dengan perasaan yang agak takut berdebar dan seronok aku menguji menggunakan pregnancy test kit yang aku beli seminggu lalu. jeng..jeng..jeng...aku menanti line biru untuk keluar dengan penuh debaran..bila dalam keadaan begini aku rasa takut. takut kalau keluar negative tentu aku akan rasa kecewa sekali. Bila aje 2 line biru tu timbul aku pun melompat-lompat lah kat dalam bilik air tu. Rasa gembira sangat tapi tak berapa yakin dengan keputusan yang diberi oleh alat tersebut. Aku tunjuk keputusan pada darling dan kami tersenyum sambil berpandangan...dan...Darling macam tak percaya dan dia mahu aku sahkan perkara tersebut di klinik. Kat klinik pagi tu aku berjumpa doktor dan sekali lagi doktor melakukan ujian yang hampir sama dan sah aku sudah masuk 6 minggu.Alhamdulillah dalam hati memanjat kesyukuran. pagi tu sempat jugak aku melakukan sujud syukur dengan kurniaan ALLAH kepada kami sekeluarga. Itulah puncanya kemalasan yang melanda aku secara tiba-tiba. walaupun aku belum diserang sintom muntah-muntah tapi sejak awal lagi aku mengalami sakit kepala yang teruk. Rasa macam nak pitam dan sekarang selera makan semakin berkurangan dan perut mula merasa mual dan terlalu banyak angin. Mungkin saat untuk muntah2 tu akan tiba tak lama lagi.

Semalam kami tak balik kampung. Walaupun ada kenduri kawin tapi aku malas mahu balik sebab minggu depan kami kena balik lagi. Jadi aku pun plan dengan darling untuk menziarah bapa saudara aku kat KL ni. Kami pergi menyalang ke rumah bapa saudara aku. dari 5 buah rumah yang kami sampai dua tiada berpenghuni. Memang aku saja nak mahu call dan kami redah sahaja. kalau ada ok lah....Lepas ke rumah Pak Long di keramat kami dah mula boring akhirnya terus sahaja aku suruh darling memecut kereta ke Ulu Yam. Hujan turun sepanjang perjalanan kami ke sana. Kat sana dengan sebuah payung kami cari satu pot dan melepak sambil melihat orang mandi manda. Sambil-sambil tu sempat lah kami berjiwang-jiwang lagak pasangan kekasih yang sedang bercinta. Kami memang tengah bercinta sekarang ni. Sebab tak plan nak pergi jadi tak de le kami bawak khemah dan pakaian untuk mandi.So tengok ajelah orang ramai mandi. Dalam hati teringinnya. Aku kan hantu air.

03 Julai 2002

Aku dah start dapat sintom morning sickness. Walaupun aku tak start muntah lagi tapi perut aku sentiasa mual dan loya rasa nak muntah. Mungkin tak muntah sebab tak ada benda dalam perut. Selera makan sudah berkurangan harini hanya makan sekeping roti canai aje.Lepas tu aku rasa tak suka kerana air liur aku terlalu banyak kat dalam mulut. Yang tak bestnya aku tak suka nak telan air tu sebab rasanya yark payau macam air perigi. Harini tak berapa tahan sangat dengan keadaan aku. Ingat nak ambil MC dan balik rumah sebab perut aku meragam sekejap-sekejap aku meluek membuang segala angin yang ada. Kepala pulak sentiasa berat dan badan sentiasa rasa letih. Saja aku lawan perasaan tu sebab kalau diikutkan nanti aku rasa nak tidur sahaja. Tapi kalau aku MC dan balik rumah siapa yang ada tentu tak syok. Esok aku jumpa Dr. Nora. Appointment aku pukul 9.00 pagi.

Untuk hilangkan rasa tak selesa aku cuba makan halia. So far kira oklah angin tu pun nak keluar dengan keadaan rela.Membantulah juga halia dalam bentuk halwa yang aku beli di kedai aci kat bawah. Lagi aku sediakan bekalan biskut dan coklat di opis. Kalau tekak rasa payau aku makan coklat atau biskut. Sekarang setiap hari ke opis aku membawa bekal air putih. Air putih pun dapat melegakan keadaan mual dan loya. Ada masa-masanya walaupun aku dah makan still aku dapat pedih ulu hati. Selalunya pedih ulu hati ni tanda-tanda awal gestrik. Ini tidak dah makan pun still jugak rasa asid naik sampai ke tekak.

Kawan-kawan kata kalau nak hilangkan loya makan asam. Patutlah kalau dalam cerita-cerita melayu sesikit bila perempuan pragnent mesti ada scene makan asam. Tapi rasanya aku tak mahu amalkan makan asam ni sebab mungkin tak elok jugak sebenarnya. Secara logiknya asamkan sesuatu yang berasidik jadi mungkin ia akan memberi kesan yang tak elok pada tubuh kita sebab semakin banyak asid dalam badan kita akan menjadi semakin lemah.Teori aku lah ni. Jadi untuk gantikan asam aku makan benda yang manis-manis macam coklat. Terpulanglah ini masing-masing punya citarasa. Leen kata kalau makan epal hijau nanti kulit anak jadi cantik. Mungkin aku tak mahu amalkan makan epal hijau cukup dengan anggur dan soya bean rasanya sebab epal hijau tu masam.Macam-macam petua yang aku dapat ada yang aku baca melalui internet dan ada yang kawan2 bagi melalui pengalaman masing-masing. Rasa kalau boleh nak cuba semua petua yang aku dapat tu. Siapa yang tak mahu anak yang sempurna, cantik, cerdik dan bijak, Tapi petua yang aku pegang walaupun kita amalkan semua petua yang penting sekali bacalah Al-Quran setiap hari InsyaALLAH ALLAH tak pernah mungkiri janjiNYA pada hamba-hamba dia.Pegang itu sahaja sudah cukup menanangkan hati aku sampai saat untuk melahirkan. InsyaALLAH

04 Julai 2002
Giliran aku tiba selepas Siti Nurhaliza. Hmm patient tadi namanya Siti Nurhaliza. Bila nama dia disebut aku mengangkat muka seraya memerhatikan dia. Tak ada rupa Siti pun rupa siti gaya dia lah. Ada jugak orang yang bernama siti Nurhaliza ye selain dari Siti yang menyanyi tu. Anak perempuan kecil yang berusia 3 tahun yang sedang bermain dilantai sebelah aku mengulangi nama tersebut "Siti Nurhaliza" berulang kali mengejek cara pekerja tadi memanggil namanya . Lagaknya umpama faham nama itu adalah nama penyanyi popular negara. Aku hanya tersenyum memerhati keletahnya yang sungguh bijak. Aku masuk setelah nama aku dipanggil oleh salah seorang kakitangan Dr. Nora.

"Assalamulaikum Doktor". Aku sapa Dr Nora yang sedang tekun menulis. Dia menjawab salam aku sambil menegur "Hai Azira" dengan lagak ceria. Aku masih berdebar kerana ini kali pertama aku berjumpa Dr. Nora. Aku takut sebab ini pertama kali aku datang untuk check up. Ramai yang memuji Dr. Nora kerana keceriaan dan kecantikan dia. Termasuklah aku yang pertama kali berjumpa beliau. Setelah berbicara dan bersoal jawab seberapa ketika akhirnya Dr. Nora mengarahkan aku berbaring. "Ok kita nak check baring dekat sana ye". Perlahan aku berjalan ke arah katil sambil dibantu oleh pekerja Dr. Nora. "Sakit tak kak" Aku tanya pembantu itu. sambil tersenyum dia menjawab "tak sakit lah" Aku makin berdebar teringat segala cerita zai tempohari. Dr Nora memeriksa satu persatu leher, dada dan perut dan akhirnya dia memasukkan sesuatu benda untuk melihat janin dalam kandungan.

Bila sahaja aku melihat janin yang samar2 di skrin monitor hatiku terus berdetik dan bersyukur. Alhamdulillah. Kesakitan yang sedikit tadi hilang serta merta. Syukur betul kerana sah yang aku benar-benar pregnant. Aku nampak janin itu terlalu kecil. Ia terlalu kecil sehingga aku tidak nampak bentuknya."Ok good anak di dalam rahim" kata doktor Nora. Dr. Nora cuba mengesan denyut jantungnya tapi tidak berjaya." Dia masih terlalu kecil. Ok Azira datang kembali ke sini dua minggu lagi ye". Aku keluar dengan perasaan yang sangat lega.

"Azira ini ubat you satu biji sekali satu hari ye. Next appointment you mahu bila. Morning hah" Tanya nyonya yang menjaga kaunter klinik itu. "Oklah" Jawab aku ringkas. "So your next appointment is on 18 July. Next time you come get your urine and put at that table ok" Dia mengingatkan aku dengan lemah lembut dan menyerahkan kad klinik kepada aku. Aku berlalu keluar dari klinik Dr. Nora dengan sebuah perasaan yang tak dapat digambarkan, mungkin kerana ini adalah pengalaman pertama aku untuk menjadi seorang ibu. Pelik lah bunyinya macam bermimpi sahaja sebab segalanya berlaku dengan begitu cepat dan pantas.

09 Julai 2002

Semalam aku tak kerja sebab pagi tu aku tak boleh bangun. Perut aku memulas mulas kesakitan. Selepas mandi dan sembahyang subuh dan menyiapkan sarapan untuk darling (itu pun ala kadar) aku merekot menahan sakit sendirian.Darling pergi kerja dalam keadaan berat hati. Aku tak larat nak bangun kepala terlalu berat perut mual dan aku rasa nak muntah sangat. Bila bangun aku rasa nak jatuh dan terhoyong hanyang.Bila masuk toilet satu benda pun tak mahu keluar dari tekak aku yang semakin kembang, Baring duduk baring duduk sehinggalah pukul 3.00 baru aku rasa sedikit ringan kepala itu pun masih tidak berapa lega. Selepas mandi dan sembahyang zohor aku rasa sedikit segar. Rasa macam dah kuat.Aku makan semangkuk kecil nasi itu pun setelah aku paksa. Kalau nak ikutkan memang rasa nak keluar semula tapi aku tahan tak nak ikutkan sangat perasaan mahu muntah tersebut.

Bila dah segar sedikit mulalah rasa betapa boringnya sendirian di rumah. Niat yang asalnya hendak turun membeli gula di bawah bertukar kepada bershopping di carrefour. Tak sedar diri lagi tu. Cepat-cepat aku call darling minta kebenaran untuk keluar ke carrefour. Keadaan aku seperti biasa tapi aku sangat lemah untuk berjalan. Perlahan aku berjalan mencari barang-barang keperluan aku. Kebanyakannya barang makanan untuk menggemukkan badan. Aku beli susu, beli soya bean, beli honey flakes, beli oats, beli anggur beli biskut beli yogurt semua ingin aku capai dan masukkan ke dalam troli.Aku teringin nak makan semua benda.Badan masih lemah sesekali perut rasa mual dan ingin muntah tetapi aku abaikan.Hampir satu jam aku berlegar-legar di carrefour setelah puas dan mendapatkan semua barang aku pun mula bertatur.

Disini segalanya bermula. Aku sudah merasa pening yang teramat. Tekak aku mula meraya loya pada tahap yang tidak tertahan dan perut aku memulas-mulas dengan hebatnya. Tiba-tiba aku rasa gelap mata dikaunter tersebut. Aku berpaut pada besi kaunter di carrefour mencari sedikit kekuatan untuk berdiri. Adik dikaunter tu memandang ke arah aku.Aku akan pitam bila-bila masa. Aku terus capai feel fresh yang aku beli dan teguk beberapa kali untuk hilangkan rasa loya terus tinggalkan kredit card pada adik di kaunter tu dan terus berlalu ke toilet. Aku dah tak tahan sangat untuk muntah kepala aku berdenyut-denyut tetapi gelap mata semakin ok. Sampai aje di toilet...bushh semuanya aku luahkan dalam sekelip mata. Beberapa minit aku menghilangkan ketidakselesaan. Aku tengok muka aku dicermin sungguh pucat sekali. Peluh jantan pun terasa mengalir keseluruh tubuh dan badan aku menggigil.Aku begitu lemah sekali. Letihnya rasa menyesal pulak aku pergi carrefour.

Beberapa perkara yang aku perhatikan semenjak dua ini ialah hati dan semangat memang kuat untuk melakukan sesuatu contohnya macam nak kemas rumah nak pergi carrefour dan yakin aku boleh buat tapi sebenarnya kudrat tiada. Lemah dan hanya imiginasi sahaja yang mengatasi kekuatan fizikal waktu ini.Sesungguhnya wanita yang tengah pregnant ni memang lemah dan aku akui kelemahan itu walaupun rasa macam boleh aje nak buat benda tu semua.Iskkh tak sangka macam ni pulak jadinya.Dah le selera makan hilang ntah kemana tapi kenapa berat badana ku makin bertambah. Tak logik la macam ni

11 Julai 2002
Lega sikit selepas habis course ISO selama dua hari. Dah lama tak attend course dah lama tak berat2kan kepala dah lama tak mengadap pc lama-lama. Sesekali kena course yang berterusan dari pagi sampai petang camni rasa seronok pulak. Lepas ni course SAP akan bermula then seterusnya aku akan sibuk dan sibuk dan sibuk then kalau jadi aku akan pindah ke menara Telekom pulak. Lepas tu tak tahulah sibuk apa pulak ya.

Aku khatam Quran dua  hari lepas. Alhamdulillah walaupun tersasar dari target asal tapi aku dah tamat sekali lagi. Target kali ni kalau sempat aku nak khatam dua kali lagi sebelum hujung bulan 2 nanti. InsyaALLAH kenalah cuba sebab sekarang dah takde cuti-cuti khas orang pompuan macam dulu so aku ada extra  7  hari setiap bulan dan kalau aku ngaji setiap malam tanpa gagal rasanya boleh kalau nak.

Sekarang musim buah kat kampung. Balik kampung baru ni aku ambil rambutan gading yang warna kuning kat belakang rumah. Rambutan merah dan rambutan gula batu baru nak mencelah tapi ada juga sesikit yang dah masak. Kalau jadi seperti yang kami rancangkan aku nak balik kampong Linggi rumah nenek hari Ahad ni dengan Is dan Tina untuk ambil manggis.Buah kat kampung darling pun mungkin dah masak. Tunggulah aku balik Muar minggu depan untuk kutip durian dan manggis kat kampung darling pulak.

Semenjak dua ni aku dah kurang makan durian. Balik kampung baru ni durian yang tergolek kat dapur aku biarkan saja.Selalunya aku pantang jumpa durian tapi mungkin sebab badan aku kebelakangan ni memang sentiasa panas mungkin akibat perubahan hormon jadi terus tak berani nak usik durian.Takut kalau makan  nanti tak boleh tidur langsung.

18 Julai 2001

check-up kali kedua
Aku baru balik dari check-up. Aku dah masuk dua bulan lebih. Dr. Nora kata mungkin aku due pada 25 Feb 2003. Itukan birthday aku. Rasa sungguh seronok sekali sebab nanti boleh celebrate birthday dengan anak. Hari ni aku rasa terharu sangat sebab aku nampak bayangan anak aku masa Dr. Nora tunjukkan kat screen. Walaupun masih terlalu kecil tapi aku dah nampak bentuknya. Alhamdulillah rasa lega sangat sebab denyutan jantung dia dah ada dan mengepam. Aku nampak kepala dia aku rasa seronok sangat. Hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan aku. Rasa nak menangis sebab macam tak percaya dan rasa syukur dengan kebesaran dan kekuasaan ALLAH. Aku nampak sarung yang membaluti baby tu bulat dan sebenar buah limau. Sayang tak dapat nak kongsi perasaan terharu dengan darling waktu ni. Darling baru saja call sebentar tadi.

Aku beritahu Dr. Nora yang kebelakangan ni aku rasa terlalu letih mengalahkan orang yang berlari 10km. Badan aku terlalu lesu dan lemah sampai tak daya untuk berjalan. Dr. kata itu tanda yang bagus sebab semakin letih aku maknanya anak aku sedang membesar dan hormon makin banyak dalam badan. Tapi bila dah nampak dia di screen tadi terus hilang semua letih dan lesu. Dr. bagi aku cuti hari ini walaupun aku tak minta. Jadi seminggu ni dah 3 hari aku mendapat cuti. Tiga haritu aku kena muntah-muntah yang teramat teruk sekali dengan CB yang melampau. Apa sahaja yang masuk ke perut terkeluar serta merta tanpa dipinta. Rasa tak larat dan badan rasa tak tentu. Semuanya serba tak kena.Lagi pula badan aku rasa sangat panas bila waktu malam. Barulah tahu macam mana susahnya mak masa mengandungkan aku suatu ketika dahulu.

Perasaan aku hari ini mungkin tak dilalui selalu. Gembira dan terharu hari ini rasanya  sama bila Dr. mengesahkan yang aku mengandung dan hari ini lebih menggembirakan bila aku dapat lihat sendiri bayangan dan bentuk baby pada screen. Rasa macam nak menangis waktu tu jugak. Tapi control dan aku hanya tersenyum memandang ke arah screen monitor itu. Tak sabar rasanya nak tunggu dan lihat dia membesar di dalam tu. Itu sahaja perkembangan terkini tentang diri aku. Semoga anak aku akan membesar dengan sihat, kuat dan selamat kat dalam tu. Next check-up aku pada bulan lapan nanti.Ok aku nak balik kerana harini doktor bagi aku rehat.

26 Julai 2002

Aku takmo tulis kat topcities lagi lah. Sekarang jenel aku nak letak terus pada homepage aku sebab senang untuk aku update segalanya serentak. Dah dua hari pc aku kena virus IRC.worm. Menyampah betul habis semua fail aku ditukarkan kepada ie version. Pakar virus kat opis ni pun tak boleh nak clean kan virus tu so aku biarkan aje pop up mesej tu pada monitor aku walaupun rasa mengganggu jugak.Kalau nak clean kan virus tu kena reformat semula hard disk aku. Nanti lah dulu. Aku akan hantar PC aku pada support team minggu depan sebab minggu depan aku akan training dua minggu.

Harini aku dah 9 minggu 4 hari. Keadaan aku semakin ok tak de lah teruk sangat diserang morning sickness seperti haritu but still sekali sekala tu tergugat jugak. Macam semalam dengan tak semena-mena masa aku iron tudung hidung aku berdarah mungkin sebab badan aku terlalu panas. Minggu ni belum sekali pun aku muntah atau sebagainya tapi semalam lepas hidung berdarah sebelah tengahari aku diserang keletihan yang teramat. Balik dari Jln Timur aku terus meluru masuk ke surau dan berehat setengah jam kat dalam tu. Ingatkan lepas dapat tido tu dah reda. Tanggapan aku salah lepas lunch aku tertidur lagi di atas kerusi kat cubical aku. Mata aku memang dah tak terangkat langsung dan seluruh badan aku rasa lemah. Oleh kerana tak mampu menahan keletihan yang teramat sangat sampai sakit kepala nak kontrol kelopak mata dari tertutup aku terus pergi solat zohor. Abis aje solat aku terus landing dan aku hanya terjaga bila kak Ani masuk dalam surau untuk solat Asar. Lamanya aku tido sampai tak sedar langsung.

Semalam aku dapat berita sedih dari Niza. Berita tentang seorang kawan yang aku kenal sebab kami satu batch eksekutif disini. Aku memang selalu terserempak dengan dia walaupun tak berapa mesra tapi oklah. Beberapa bulan lepas aku tengok dia pregnant dan perut dia dah besar dia dah kawin tapi mungkin tak jemput aku sebab kami pun bukan rapat. Dah hampir dua minggu aku tak nampak kelibat dia di kantin atau di lif so aku tanya Niza (salah seorang yang agak rapat dengan dia) dan aku terperanjat bila Niza kata dia keguguran dan kandungannya dah 6 bulan. Sedihnya kesian dan sayang pada anak yang dah cukup sifat tu. Aku rasa kesian bagi pihak kawan aku tu semoga kawan aku tu tabah dengan ujian ALLAH. Tentu dia merasa sedih yang teramat sekarang ni.

Lagi cerita pasal pregnant tak tahan sekali waktu malam sebab sepanjang malam aku akan berjaga untuk bangun wee wee sekurang2nya 6-7 kali. Iskhh memang tak boleh nak tahan. Kalau dah terasa nak wee wee tu memang kena bangun dan terus ke bilik air. Part tu lah yang paling malas sekali nak buat mengganggu waktu tido aku yang sedang lena diulit mimpi.Nasib baiklah bilik air kat dalam bilik dua tiga langkah aje buatnya macam kat rumah kampung tu iskhhh mesti letih.

27 Julai 2002
Ingat tak aku pernah cerita pasal Kinki suatu masa dahulu. Kalau korang masih ingatlah. Kebetulan cerita Kinki akan keluar kat TV so korang jangan lepaskan peluang menonton cerita Cina bertajuk Needing You di TV3 jam 10.00 malam pada hari Isnin ni 29 Julai 2002.Haritu aku tengok lagi CD Kinki dengan Darling. Darling yang tak suka tengok cerita cina pun boleh tonton CD tu sampai habis. Kiranya oklah cerita tu untuk tontotan kita-kita yang sebaya ni.

Aku rasa macam nak pindah tukar kerja ke tempat lain. Aku dah rasa bosan sangat dengan keadaan kat opis aku ni. Kalau aku ada kuasa dan ada cable kat dalam tentu dah lama aku mintak tukar. Sekarang ni hati aku kuat untuk stay sebab nak terlibat dengan projek SAP.Tak sabar nak tunggu projek ini diluluskan. Habis aje projek SAp aku nak mintak tukar. Mungkin ke Uniten atau bangi atau TNRD. Itu bergantung jugak kepada keadaan kalau keadaan sama macam sekarang definitely aku akan mintak tukar atau sambung ambil master.Mungkin itu boleh lebih menggembirakan hati aku.

Aku rasa macam masih terkapai-kapai dan masih tak ada arah tujuan dan tak ada matlamat bekerja dengan keadaan opis yang macam ni. Sebab aku bukan perkerja kesayangan atau bukan rapat dengan boss-boss. Harap-harap kehadiran boss baru pada hari Isnin nanti mampu mengubah segala yang berlaku sewenang-wenangnya kat opis ni. harap-harap boss baru lebih adil dalam menilai 150 anggota kerja yang hadir kat opis ni bukan 7-8 kerat yang hanya nampak dimata buat masa sekarang ni. Sedih betul dengan keadaan opis yang macam ini. Semua peluang habis kena kebas oleh yang pandai kipas.

Senerio ni aku rasa memang berlaku kat mana-mana. Kadang-kadang rasa nak beranikan diri untuk meluahkan rasa hati dan ketidakpuasan tapi siapalah kita ni...dijeling pun tidak apatah lagi nak di pandang sebelah mata. Jauh panggang dari apilah jawabnya. Silap-silap luah ada yang nama kena masuk senarai hitam. Dah tentu habis segala peluang nak outstation ke training ke yang selama ni memang dapat cium bau dari jauh aje. Dunia-dunia inilah sandiwara kehidupan manusia. Bukanlah aku cenburu atau sakit hati tapi aku mahukan keadilan tanpa pilih kasih sebab  kami semua juga manusia yang ada hati perasaan dan keupayaan yang berbeza-beza antara satu sama lain. Ini nampak satu 10 tenggelam kesian kat kami ni macam kami ni tak tahu buat kerja langsung..memang sah kami tak pandai kipas tapi kami juga jalankan tugas dan tanggungjawab. Hargailah kami perkeja yang disisihkan.

30 Julai 2002.

Hari ni aku dah 10 minggu dan alhamdulillah makin hari morning sickness makin kurang cuma sesekali tekak terasa mual terutamanya sebelah malam. Aku pun dah jarang bangun wee wee. Selalunya tak kurang 6-7 kali satu malam tapi kini hanya 2-3 kali saja satu malam. Tak pasti itu sign yang positive ke tidak tapi aku tak sabar nak tunggu check-up seterusnya sebab nak tengok perkembangan baby kat dalam ni. Yang pasti sekarang ni makin sensetive le pulak. Perkara kecik pun aku cepat terasa hati dan kadang-kadang asyik rasa nak menangis tak tentu pasal.

Perut aku belum nampak lagi mungkin 2-3 minggu lagi. Zai kata kak Anis yang sedang pregnant anak kedua pun lebih sikit kurang aku tapi perut dia dah nampak dah. Masing-masing lagipun aku first pregnant dia yang second tentu ada perbezaan. Walaupun tak nampak tapi darling kata dah ada perubahan dan perbezaan pada perut aku. Darling selalu ejek aku dia kata aku dah gemuk dan macam-macam lagi. Tak apalah 9 bulan ni aku tak kisah badan aku gemuk ke boroi ke tapi abis aje bersalin nanti aku nak slim balik dan nak pakai semula semua kebaya aku tempohari. Siaplah aku mesti nak berbengkung jugak walaupun tak selesa yang penting aku dapat kurus semula seperti aku yang dulu. Tapi kadang-kadang geram aje bila darling kata aikk dulu separuh aje dari sekarang ni. Hmm saja nak mengusik aku. Sebenarnya dalam masa dua bulan ni berat aku bertambah hampir 4 kilo. Last check-up aku timbang berat aku 68 1/2kg. Mesti check up lepas ni naik 69 atau 70.

Aku tengah sedap makan sekarang. Semua yang terlintas kat kepala aku nak makan. Nasiblah apa yang aku nampak waktu tu kalau KFC mesti nak makan KFC, ais krim lah, bun lah, susu lah, keju lah, semuanya aku nak rasa macam tak pernah makan sampaikan ada suatu haritu aku punyalah teringin sangat nak makan meggi. Sampaikan satu waktu asyik nak makan meggi sentiasa. darling pun marah sebab meggi bukannya ada khasiat pun.

Dua hari ni aku dok pergi balik mid valley sebab aku tengah kemaruk danish bread. Iskh habis segala jenis bentuk danish yang kecik-kecik aku beli. Dengan donutnya dan cookies. Paling aku suka donut dengan peanut butter hmm yummmiiii...biasalah kalau dah sampai carrefour tu tak beli sushi memang tak sah. Perut dah kenyang ni tangan tetap mencapai 3-4 ketul sushi untuk bekalan kat opis nanti. Dan memang patut pun berat badan aku naik. Untungnya walaupun berat aku naik tak nampak ketara sangat sebab aku pakai baju kurung pergi opis. Kalau aku pakai slack mesti opismate aku dah tak berapa cam betul ke puan Azira tu..Iskh nanti dia orang kata paksi X aku dah mula melebar.. hmmm memang pun sebab dah ada yang start menegur kat opis ni. Dugaan...