4 Feb 2002

Aku tak tahu samada aku ni gembira ke takut ke konpius ke...takziah pada Fuad diatas pemergian ayahnya. Semoga bersabar ye dik.. Semoga roh ayahnya dicucuri rahmat. Hari Jumaat punye debaran dah selamat aku tempuhi..lepas tu tiba pulak hari Sabtu punye debaran lebih hebat. Alhamdulillah segalanya berlaku macam sekelip mata. Semuanya dah selamat. Macam tak ada apa-apa dan life aku berjalan macam biasa. Hmm inilah hakikat hidup...

Bila semua dah berjalan lancar aku rasa syukur sangat...aku rasa sudah hilang satu bebanan yang sangat berat. Aku rasa lega sekali. Semalam gi hantar Pok da dan Mok da gi haji. Aku dok diam aje..aku tak banyak bercakap aku yang malas nak bercakap. tak macam hari-hari sebelum ni..selalunya akulah yang paling kecoh dan yang paling sibuk...tapi ntah semenjak hari Sabtu tu aku tetiba jadi seorang pendiam aku tetiba jadi seorang pemikir yang unggul. Aku dah kalahkan cahaya dalam hal ni...Aku tetiba lebih suka senyum dan mendiamkan diri dari berceloteh. Kepala aku ligat memikirkan semua perkara..Lagipun aku malas sangat nak layan usikan pakcik-pakcik dan makcik makcik aku..hmm semua lebih menambahkan beban otak aku untuk berfikir.

Hidup ni susahkan Azira. Ditelan mati mak diluah mati bapak. Itu yang cahaya kata kat aku lepas kami balik dari lawan bowling malam tu. Masa tengah makan kat gerai Mariana Tomyam. Aku pujuk cahaya aku tahu yang yang silap sebab lambat. Cahaya seorang yang memang penyabar..sanggup teman aku lawan bowling malam tu tapi aku tahu dia sungguh tension dan bosan dengan sikap aku. Walaupun aku dapat hadiah untuk high score women malam tu tapi aku rasa tak seronok..sebab cahaya tak seronok..kami tidak berkongsi keseronokan aku malam tu..memang aku yang patut disalahkan.Akhirnya kami bertekak malam tu. Aku menangis sebab cahaya kata kat aku macam-macam. Aku sungguh sedih pilu semua sekali perasaan bercampur aduk masa tu. tapi aku tak melawan sebab aku tahu apa yang cahaya kata itu memang benar sama sekali. Jangan awak tak pergi esok sudah lah. Itulah ayat terakhir cahaya pada aku malam tu. Kerana esok tu kami ada plan yang sangat penting.

7 Feb 2002

2-3 hari ni memang aku kelam kabut..kejap ke putrajaya ke uniten back to putrajaya then after this aku ada meeting kat kepong. Dah berapa hari tak update jenel. masa semakin suntuk banyak benda yang nak kena buat. Hal opis jangan ceritalah kerja makin berlambak itu pun ada jugak dua tiga perkara yang aku tak amik pot. Hal diri macam ni lah...kejap ok kejap tak ok..

Aku dalam mood peralihan zaman. Cahaya kata aku bukannyer ready lagi for a new life...aku kata aku dah lama ready tapi dia tetap dengan tanggapan dia..ok find tunggu dan lihat ajelah apa yang akan berlaku seterusnya. Beberapa hari (2 hari berturut-turut)  ni kami berjumpa dan discuss bab demi bab dan topik demi topik yang kami kupas in a preparation of a new life. Banyak yang tak menggembirakan aku dan banyak yang menakutkan cahaya. Jadi apa konklusi dan keputusan kami. Biarkan aje benda tu..rancang dan terus merancang...pastu implement pastu kita tengok resultnya 5-6 tahun akan datang.

Hidup bukannya mudah..kadang-kadang aku kesian tengok cahaya..dia nak kena jaga hati aku nak kena jaga hati family dia dan aku still macam ni asyik nak suruh dia ikut cakap aku. Terukkan aku ni.Dan akhirnya dia yang tersepit kebingungan. Lecehlah aku ni..suppose aku yang support dia. Mungkin aku perlukan satu perubahan yang mendadak atau aku perlu begini macam diri aku yang sekarang atau mungkin aku kena berubah mengikut citarasa cahaya..Itu aku tak pasti tapi apa yang dia propose pada aku selalunya adalah untuk kebaikan semua orang untuk menggembirakan hati orang lain tapi bukan hatinya sendiri kesian kat cahaya.Tapi kadang-kadang kesian kat aku...

Teruk..teruk..teruk..teruk..itu yang patut aku lebelkan pada diri aku. Aku sekarang ni tertekan dalam ketenangan. Bestkan macam tu..lebih elok begitu daripada aku rilek tapi hati tak tenteram. Aku suka life aku sekarang walaupun aku tak nampak lagi bagaimana jalan cerita dan kesudahan selepas ini tapi aku rasa ada sesuatu yang best sedang menanti aku kat depan sana. Iye ke best atau menakutkan..wallahualam..Lepas aku kenal cahaya mind aku terus di tune..semua benda jadi begitu ganjil dan asing dalam hidup semuanya adalah sesuatu yang macam aku tak pernah pelajari sebelum ini..semuanya salah dan semuanya begitu contras dengan apa yang aku jangkakan. Itulah perbezaan yang sangat ketara.

9 Feb 2002
Selamat Tahun Baru Cina pada semua yang meraikannya. Aku raya jugak sebab bonus masuk lagi satu bulan setengah Alhamdulillah. Aku jugak dirayakan pada tahun baru cina ni..best ke hahh..aku pun tak tahu..lagi 2 hari aje lagi..Duit bonus raya cina tu nak kena keluarkan siap-siap simpan kat dalam akaun lain ASB ke Tabung Haji ke. Selagi duit tu duduk kat dalam bank sekarang ni selagi tu lah tangan aku akan rajin menekan ATM mesin tu.Bahaya untuk kesihatan aku dan masa depan aku.

Semuanya best ke tentang cahaya...heeehh ada jugak yang tak bestnya..dia pun manusia biasa gak...bukannya perfect. semua orang macam tu laa..rasanya macam aku jugak kekadang best kekadang bila weng tu mulalah jadi tak best..kekadang aku sendiri pun tak faham perangai aku kenapa macam tu. kekadang kengkawan suka bila satu satu perangai tu dan ada masanya kawan pun bosan dan jelek bila time tak betulnye.

Bagi aku cahaya tak berapa best sangat.. jangan marah ye awak..best lagi kawan ngan Rudy, kak Aquil ,nett, sera, kak max, jijah, kak maz, tahrizi, elin, mie dan kengkawan jenel yang lain...heeh ada yang kecik hati ni sebab tak sebut nama...huarrghhh kawan jenel terlalu ramai...kawan-kawan baru jugak ramai tapi aku ketinggalan untuk mengenali korang semua...(sebenarnya saya sangat rindu pada korang semua - sila baca mesej ini dengan nada yang sungguh sayu-sungguh) tetapi keadaan dan masa amat tidak mengizinkan..sekarang bukan macam dulu lagi..

Back pada cahayanya cerita..yang tak bestnya tentang cahaya..ooo banyak...samalah banyak dengan yang tak bestnyer tentang aku...apa yang cahaya rasa tak best tentang aku adalah apa yang aku rasa tak best tentang cahaya. sebenarnya yang tak best tu adalah yang kontras dengan apa yang kita inginkan...tak caya sila check dengan pasangan masing-masing. tapi jangan le jadikan yang tak best tu sebagai alasan pulak...so kalau dia kata kita tak best sebab perkara A so kita ubah le A jadi B...dan suruh dia ubah perkara C yang kita tak suka menjadi perkara D..adilkan.

Best atau tidak sesuatu persahabatan itu begantung jugak kepada diri kita..tak caya tanya geng jenel..kenapa geng jenel rasa kengkawan jenel semuanya best belaka...kenapa...cuba tanya diorang..sebab sebab geng jenel memang best..aku dah merapu ni sebenarnya tak sabar nak balik kampung....yang balik kampung tu berhati-hati ketika memandu.
 

20 Feb 2002
Lamanya aku tak tulis jenel. Makin hari makin sibuk. Masa begitu cepat berlalu. Aku dah kesuntukan masa. Hanya tinggal 3 bulan untuk selesai kan segalanya sebelum D-day. Aku dah buat keputusan. Aku akan terima offer untuk tukar ke seksyen lain. Aku dah bosan duduk lama-lama kat seksyen sekarang ni. Now is the time nak tunggu apa lagikan. Lagipun En. A kata mungkin chances aku untuk join SAP group cerah kalau aku inform MD aku secepat mungkin. "Sekarang lah masanya, awak nak tunggu apa lagi" kata cahaya pada aku malam tu. Dan sebab  kenyataan cahaya itulah yang telah membuatkan aku menjadi seorang pemikir yang unggul dan seorang yang sangat  sibuk serta-merta.

Buat masa ini semua yang dirancang berjalan lancar. Alhamdulillah. Tetapi adakalanya sesekali  terganggu jugak dengan tingkah laku aku yang mengada-ngada dan perangai cahaya yang sedikit keras kepala. Bukankah berkecil hati merajuk itu adat bercinta. Samalah kami berdua ni. Tapi perlu ada yang mengalah. Kalau tidak habis la kami. Sekarang bukan masa nak berpura-pura lagi. Sekarang bukan time nak bermanja-manja bukan masa nak tunjukkan yang best aje.Jangan hipokrit and be yourself.

Aku sudah diikat oleh kata janji dua keluarga. Antara keluarga aku dan keluarga cahaya. Detik bersejarah itu telah pun berlaku. Sudah ditanya sudah dilamar dan sudah dibooking. Cincin pun sudah tersarung dijari manis. Perasaannya sungguh berbeza dari apa yang aku sangka. Sedikit sahaja gembiranya tetapi terlalu banyak yang masih menjadi teka-teki dan tanda tanya. Sungguh pelik kerana aku tidak nampak dimana istimewanya status ini seperti yang digembar-gemburkan oleh kawan-kawan yang telah melaluinya terlebih dahulu. Darah manis begitu sinonim dan simbolik sekali. Mana-mana pergi sana-sini berpesan. Jaga diri elok-elok bawak kereta baik-baik tapi apa implikasinya sebab setiap masa memanglah aku menjaga diri aku baik-baik. Bawak kereta tu tak berani janji. Tapi aku bawak kereta memang baik walaupun laju.

Sungguh luar biasa sekali. Sekarang baru aku tahu dan faham konsep dan tujuan. Bercinta bukan sekadar hanya untuk bersuka-suka bukan sekadar ruang melepas kan rindu. Bertunang juga bukan sekadar untuk mendapatkan status. Kerana kalau masa ini kita tidak mengambil peluang untuk kenal hati budi pasangan yang sebenarnya maka mungkin lepas kahwin nanti banyak sekali masalah yang melanda. Nak bertunang nak kahwin memang lah seronok tapi ingat ongkosnya begitu banyak sekali yang diperlukan. Feh sudah ribu-ribu jugak wang simpanan yang telah aku korbankan. Ada saja benda yang nak disediakan. Tapi lebih kesian pada cahaya. Sungguh bertuah menjadi orang perempuan ni kan..alhamdulillah. Jadi yang nak bertunang dan nak kawin tu kumpulkan lah duit dari sekarang supaya bila tiba masanya nanti segalanya menjadi mudah dan berjalan lancar. Ingat barang makin hari makin meningkat harganya.

26 Feb 2002
Cikgu Uzek ada hantar sebuah poskad pada aku. Poskad untuk ucapkan tahiah. Aku gantung poskad yang terlukis karikatur aku kat dinding cubical kat opis. Sesekali aku jeling katun tu. Cantik sekali katun yang cikgu uzek lukis, ayu betul pompuan tu. Cikgu uzek memang pandai melukis. Macam aku ke pompuan tu, ada rupa aku ke? Bila tengok sekali lagi hati pun rasa tersentuh. Ayu betul katun tu. Aku asyik kata katun tu ayu. Aku suka pandangan dan renungan katun tu. Aku suka dia pakai tudung macam tu. Sungguh cantik dan nampak bersopan. Aku kata katun tu ayu dan cantik berpakaian begitu. Apa kata aku pulak yang sentiasa berpakaian begitu kan bagus kan sopan kan ayu. Tentu cahaya sangat suka kalau aku berubah jadi macam katun tu sepanjang masa.

Raya korban baru lepas kan. Aku tak sempat nak story pasal pengorbanan. Harini aku nak cerita pasal pengorbanan. Tak banyak sangat yang aku kena korbankan sejak CNY tu sejak dah ada status. Tapi perubahannya sangat ketara. Mungkin aku yang tak biasa atau aku payah nak terima. Cahaya tak suka aku pakai ranggi ranggi atau rugged rugged. Habislah bersorak sakan adik aku yang kat politeknik tu bila dia tahu yang cahaya tak kasik aku pakai pakaian macam tu semua.Hmm mana tak nya habis lah semua baju aku yang mahal-mahal tu dapat dekat dia. Belum apa-apa lagi overall aku dia dah tanya. Tapi tak apalah kalau cahaya tak suka mesti aku tak akan pakai. Mula-mula dulu aku macam tak kisah bila dia tegur tapi bila dah masuk sampai bab memberi ceramah dan syarahan aku kalah. Malas lah nak panjang-panjang cerita walaupun aku sayang betul kat baju-baju aku tu semua. Mesti aku sedih tengok adik aku pakai dan aku tahu memang lepas ni aku dah tak boleh pakai dah baju tu semua. jangan mimpi. Takpe lah berubah untuk kebaikan. Dia tak suka aku pakai t-shirt lengan pendek tak suka aku pakai baju yang rugged. Sayang betul baju-baju aku yang terpaksa di buat basahan untuk dipakai kat umah. Takpe lah itu pun satu pengorbanan. Dulu-dulu aku korbankan duit untuk beli benda tu semua. Harini aku berkorban tapi adik aku yang bersorak kegembiraan. Amik la semua.

Sekarang ni aku belajar pulak untuk berkorban perasaan. Aku dengan cahaya memang sangat kontras dalam banyak perkara. Aku ni sorang yang boros tapi cahaya seorang yang sangat berjimat cermat. Setiap sen yang keluar mesti dia akan kira punya. Agaknya rasmi orang jawa begitu. Tak tahulah kena tanya Rudy. Memang kami jarang setuju dengan pilihan masing-masing. Dia selalu tak suka dengan apa yang aku pilih dan aku memanglah totally out dengan citarasa dia dalam banyak hal. Tapi dalam tak serasi tu kami boleh dapat kata sepakat.Walaupun kata sepakat mesti ada yang tak puas hati jugak.Sebab dia malas nak layan aku. Jadi dia akan setuju bila dia dah malas nak layan kerenah aku kalau aku nak beli sesuatu. Tapi aku pun ada bertolak ansur jugak. Jadi selalu jugak aku berkorban perasaan bila aku nak beli something dan tanya dia dia tak agree. So bila berhajat tu aku pandang ajelah dari jauh dan pendamkan aje perasaan tu dulu. Walaupun dalam hati merontanya nak beli.Hish aku belajar banyak pasal kenapa kita kena sayang duit. Duit aku keluar macam air aku tak rasa. Kalau nak aku main beli aje.Tapi kalau ngan cahaya setiap sen yang nak keluar dari poket dia mesti dia akan buat perhitungan dulu kena kira apa faedahnya atau keuntungan pada dia.Susah nak cari duit ni kan. Tapi kenapa aku tak perasan haahh.

28 Feb 2002
Laa..kat sini rupanya engkau..aku terlalu excited nak menulis harini sebab..aku memang cari dia..cari dia sebab aku nak jemput dia masa aku kawin nanti. Dulu masa dia kawin aku datang dengan siapa ek..dengan Haizel ke.Dia dulu agak rapat jugak dengan aku...lagi pulak dari form 1 kami satu sekolah kat melaka lepas tu after SRP kami berdua plak terpilih masuk Sains Muar. Aku cuba call no hp yang dia bagi kat aku masa last gathering kami dua tahun lepas. Masa tu dia baru lepas kawin dia datang bersama isteri dia.Tapi tak dapat...Kali terakhir aku memang dengar cerita yang dia amik master dengan isteri dia kat london...ceh...dalam banyak banyak channel...kat sini jugak aku bertemu dengan dia..tu lah yang aku sayang sangat pada jenel dan semua geng jenel aku...tapi sebab aku ni dah tak sempat sangat nak explore cerita terbaru dan terkini...jadi aku tak sempat nak kenal ramai geng jenel yang baru..(tak macam dulu setiap hari at least sejam mesti aku habiskan untuk baca cerita)...sekarang bila aku sempat dan sesekali bila boring baru aku dapat baca...tu pun baca cepat-cepat...

Aku tak tahu bila dia start tulis jenel tak tahu bila dia mula jadi salah seorang dari member jenel. Harini bila aku bukak guest book dan rasa teringin untuk baca jenel dia (maafkan aku sebab tak sedar kehadiran kau selama ini) aku rasa add site dia terlalu fimiliar. Dalam hati memang aku mencongak (dia rajin jugak sign guestbook aku) aku rasa aku kenal dia ni. Dan bila aku gi site dia..laaa aku tersenyum sendirian...kat sini rupanya kau..dan aku sungguh gembira sekali

http://www.geocities.com/mrinaz/
Ni lah alamat jenel dia. Aku memang cari engkau sebab aku nak jemput kau datang wedding aku nanti. Tapi aku tak pastilah kau balik ke tidak bulan 5 nanti. Anyway gembira betul bila dapat jumpa engkau. Tak sangka kat sini pulak aku dapat cari engkau. Agaknya engkau mesti tahu penulis jenel ini adalah aku kawan kau..tapi kenapa kau tak contact aku ekk...ooo kau sudah sombong yek..sudah lupa sama kawan kau ni ke..anyway selamat belajar Rizal semoga kau dan isteri kau berjaya. Aku harap aku baca jenel aku hari ini.Macam tu lah rasanya,  excited sangat bila kita dah lama tak jumpa kawan yang memang kita tengah cari.