Februari
2001
[2/2/2001
3:40:21 PM | Teja ]
Aku dah jumpa wira semalam…kat kelana seafood ditemani pakngah, makngah,
amy
dengan Is.. Pandangan ikhlas aku terhadap wira..orangnya handsome..macam
Kelvin Ong pembaca
berita kat TV3 tu. tinggi orangnya.. about 182...lebih tinggi dari anas..mungkin
sama
tinggi dengan mat jan..tapi bukan lah kurus macam mat jan..bertubuh
sasa..orangnya.peramah.selamba...boleh bersembang…dia okey..dan is kata
dia gaya
macam saharil…aku tengok gaya dia seperti norizan classmate aku..he is
very
simple..Semua orang tanya-tanya aku macam mana…semua orang itu ialah semua
osmet aku laaa…mok long aku..sepupu aku..semua yang tahu cerita aku dan
wira…arggghhh pening kepala…tak suka bila orang tanya macam ni..tak suka
bila
tersepit..
Hari ni aku lega..Abang dah sedar…alhamdulillah…syukur sangat-sangat..dah
3 hari
abang sedar…aku baru aje dapat email adik yang menyatakan abang dah sedar
cumanya condition abang tak berapa okey…abang sedar tapi tidak stabil lagi…anyway
aku bersyukur sangat sebab abang dah sedar..dan aku harap dia cepat sembuh
lepas
tu cepat balik malaysia..tak sabar nak tungu dia balik..memang tak sabar
sangat
sebab??? Banyak sebab..balik lah abang..supaya kita boleh uruskan apa-apa
yang
masih tak terurus.. uruskan apa-apa yang patut dengan segera…selagi abang
tidak ada
disini aku tak boleh buat apa-apa…selagi itu aku tak dapat nak membacking
diri aku
sendiri…anyway aku harap abang okey dalam waktu-waktu terdekat dan kritikal
ini..aku
akan terus berharap selagi diizinkan ALLAH..I miss him..
Semalam cuti…dari pagi aku dengan Is dengan sepupu aku kak Ju anak moklong
dan
juga kak Ju anak makngah dengan anaknya wana…kami keluar pergi membeli
belah..shopping kain..raya dah habis pun gi shopping juga..aku memang berkenan
untuk beli sutera thai yang kotak-kotak itu idaman aku sejak aku tengok
siti dan ziana
zain pakai kebaya dalam majalah URTV keluaran hari raya lepas…dan semalam
aku beli
sepasang sutera thai itu kain kosongnya warna hijau dan juga sepasang sutera
dubai….bila bawa balik rumah semua osmet sangat berkenan sutera thai itu…so
aku
pun eksyen dengan diorang…semua nak beli macam kain aku tu…tiru lagi…dah
le baju
raya aku diorang tiru..semua orang kat rumah tu ada baju yang sama dengan
baju raya
aku…sutera thai jugak cuma warnanya aje yang berbeza…
Lepas abis shopping tu aku ngan diorang terus pergi ke bandar tasik selatan
sebab
amik kereta Is yang accident tu..kereta tu dicat disana…Is tak payah bayar
apa-apa pun
pakcik yang langgar dia tu settlekan semuaya..aku tanyalah berapa kos nak
cat tu..emm
lebih kurang RM300…alhamdulillah semua dah selesai..balik dari situ kami
singgah
cosway dipuchng ntuk beli barang..
Dan petang tu…sebelum jumpa wira tu walaupun aku cuba berlagak maintain
tapi aku
sebenarnya takut dan risau jugak…aku dengan Is sampai kat sana lewat sikit…dalam
pukul 8.00 malam..masa sampai tu diorang semua dah ada…aku duduk sebelah
makngah..Is duduk sebelah wira..makan macam biasa…dan bersembang pun seperti
biasa..sesekali..aku tanya wira macam mana life dia kat sana.dia pun tanya
macam-macam gak pada aku dengan Is..kami habis makan about 10.00 pm…dan
aku
balik rumah..sambil-sambil tu kepala aku pun ligat jugak berputar masa
kat dalam
kereta..aku rasa lega…ntah tak tahu lah kenapa..mungkin sebab semua dah
settle...
[2/5/2001
5:24:40 PM | Teja ]
Lama aku berfikir sampai petang…sampai sekarang…kalau ikutkan hati tadi…mahu
aje
aku balik rumah..rilkes…bosan duduk kat opis ni…kerja dah lah tak best…semuanya
kat
sini tak best…hati aje selalu sakit…..ni dah lega sikit…aku kena banyak
bersabar,,.tadi
dari pagi aku tensen sangat..marah sangat bosan sangat…pagi-pagi lagi dah
kena
marah dengan orang tua tu..boss aku lah..aku tak suka lah dia tu…sesuka
hati aje nak
tengking kat aku…benci dengan lelaki macam tu..aku dah siapkan kerja tu..,dia
tak
tanya pun aku dulu..tetiba sampai kat tempat aku…prum prang prum prang
terus dia
belah..tension makcik dibuatnya…dia tu mesti kena marah dengan boss masa
mgmt
meeting tadi padan muka dia…selalunya kerja dia yang tak siap..anak-anak
buah yang
jadi mangsa….bertambah sakit hati bila pc ni buat hal….banyak kali sangat
hang…rasa
macam nak campak aje pc ni kat lantai..sabar ajelah…
Malas nak fikir…makin fikir makin sakit hati…emmm..semalam ngan hari sabtu
best….sebab cuti…aku boleh lepak kat rumah rehat..jalan-jalan gi shopping…hari
sabtu..pagi tu aku bangun…aku kemas rumah…rumah aku cantik..aku mop lantai..aku
sapu karpet..aku susun pinggan mangkuk..aku buat washing…aku lap dapur..semua
barang teratur…aku puas hati bila tengok rumah dah kemas..rumah itu syurga
aku..aku
tak suka bila aku balik kerja rumah aku bersepah..sesak fikiran dibuatnya..dah
lah kat
opis tension..kat rumah lah tempat nak rileks….tapi rumah itu syurgaku
seorang
sahaja…orang lain macam buat tak tahu…tapi aku tak kisah..buat masa sekarang
ni
lah…selagi aku masih rajin..aku akan buat..aku akan tetap buat rumah tu
cantik dan
kemas…tapi bila aku dah malas nanti..nasiblah rumah nak jadi apa..itu bukan
urusan
aku….terpulanglah..masing-masing sudah besar dan boleh berfikir..
Argghh rasa macam dah tak nak kerja kat sini lagi..aku nak kerja sendiri…aku
benci
makan gaji..aku tak suka orang memperkotak katik kan aku macam ni…dah lah
aku tak
suka dengan kerja aku…abang I wish you were here…and baca apa yang zira
tulis
ni….abang tentu suka bila tahu aku nak berhenti kerja…dulu masa berbincang
pasal
kerja dengan abang sampai merajuk aku…heehh…sekarang hah baru padan muka
aku..dia pun tak suka aku makan gaji..emm…aku akan pertimbangkan cadangan
itu..emm mana tahu aku berubah fikiran..
Hari sabtu… lepas kemas rumah aku keluar dengan Is dengan abg mat noor..abang
sedara aku…kami pergi shopping kat one utama…pergi IKEA beli barang sikit..saja
nak
lengkapkan peralatan kat dalam rumah tu…lepas sembahyang zohor kami pergi
midvalley plak….pakcik tu nak beli perfume..dia tanya aku perfume apa yang
best…emm..silap lah kan sebab tanya aku..maka aku suggest le perfume boifren
aku…heeh…dia pun beli CK one tu…hehh….aku suka sangat bau tu…lepas tu dia
dapat
free gift.dia bagi kat aku..Is jealous...aku yang dapat topi ck hitam dengan
sample ck
one yang kecik tu…heehhh gembira
sungguh aku..
Hari ahad…aku pergi wedding ziana kat banting..kawan palapes aku masa kat
UUM..aku
gi ngan member-member palapes aku dua kereta…aku, ropek, zali, rambo, jessim,
omaq, salleh, dengan amal..kami berdua aje pompuan..aku ngan rambo..shark
tak
dapat join sebab bapak dia sakit..kesian kat shark…emm..ziana cantik jadi
pengantin..dia kawin dengan kapten TUDM…aku tak kenal pun..ziana sekarang
memang
join army..dia budak akaun dulu…tapi yang bestnya ziana kawin bawah pedang…potong
kek pakai pedang….macam jhott ngan Ayie dulu..heeh….tengok pembawa pedang
ingat
masa tauliah palapes dulu..kat kenduri tu aku jumpa aguk dengan pokok…tahniah
le
ziana..kau kawin dulu dari aku…emm melepas bob sabah….bob sabah…tu lah
lambat
sangat..
Balik wedding ziana dah petang..balik rumah ingat nak rileks tapi lepas
sembahyang
asar nak baring…tapi tak leh tido…aku teringat kat henbeg tu..ajak osmet
gi
sogo…sebab nak beli henbeg….hah..henbeg tu aku tengok kat midvalley dah
berkenan
tapi masa tu cam tak de sale..lagipun harganya agak mahal jugak..so plan
gi sogo…kot
lah kat sogo ada sale..malangnya tak ada…patah balik ke midvalley…maghrib
kat
sana…teruslah aku tuju kat kedai bonia di mana beg idaman aku...kat situ
aku dah
nampak henbeg yang aku nak beli tu…emmm harganya kurang 20 ringgit 400
dan ada
sedikit less....tapi sebab dah berkenan kan…emm..nasib baik le cik citybank
ada..maka
rasmilah ia menjadi milik aku yang sah dan mutlak sekarang…best dah ada
henbeg
baru……
[edit]
[2/6/2001
4:26:15 PM | Teja ]
Hari ni 6 Februari 2001...hari penuh kesyukuran kepada ALLAH..hari yang
membuatkan
aku gembira dengan berita yang aku terima..
Aku rayau-rayau kat KL..kat midvalley…sana-sini terpampang banner pasal
valentine's...14 february hari mengingati kekasih…aku tak sambut pun valentine
tapi aku
seronok menunggu valentine sebab kat kedai kat shopping complex akan jual
macam-macam hadiah valentine yang kiut miut dan cantik..Bila ingat valentine
terbayang candle light dinner, slow dance yang macam kita tengok kat tv…itu
kan
budaya barat..setahu aku valentine adalah hari mengingati seorang paderi
kristian yang
bernama velentino…jadi memang tak sesuai hari ini diraikan oleh orang Islam…anyway
pada aku kalau nak ingat pada kekasih tak perlu tunggu 14 february kan..
kekasih yang
baik akan ingat kat kita tiap-tiap hari..tak semestinya nak tunggu special
day sahaja
baru nak dapat bunga atau hadiah…may be kalau kita buat surprise tu lebih
baik dan
lebih buat kita diingati..emm..kalau nak candle light dinner nanti bila
dah kahwin boleh
buat untuk husband..
Valentine ini mengingatkan aku pada kisah silam...kisah ni berlaku masa
aku tingkatan
3..kat sekolah dulu aku seorang pengawas..aku garang dan tegas..memang
ramai tak
suka kat aku…akibatnya basikal aku selalu jadi mangsa..tayar pancit dan
sebagainya…bila duty aku paling suka jaga gate sebab dapat tangkap pelajar
yang
datang lewat….masa duty ada seorang pelajar ni.namanya dia Afzil Rumie.dia
ni
memang pelajar yang bermasalah..nakal. dan selalu datang lewat..kadang-kadang
kesian juga dengan dia..hari-hari aku ambil nama dia dan bawak dia jumpa
guru
disiplin…
Agaknya sebab selalu sangat dengan dia tu..kami jadi rapat…so kami berkawan…bila
dah kawan aku tahu yang dia kurang dapat perhatian keluarga...aku nasihat
dia
macam-macam sebab tahun tu kan nak SRP..kami mula study sama-sama…aku anggap
dia kawan biasa..tapi rupanya dalam diam dia menaruh hati pada aku..
Malam valentine tu…ntah apa mimpi dia…dia call aku kat rumah…tepat jam
11.00 malam
dia dah terjenguk kat gate rumah aku..datang malam-malam kat rumah aku
sebab nak
bagi kad dan juga hadiah…sempena valentine...gila budak tu..tapi aku terima
apa yang
dia bagi..sejak dari hari tu dia mulalah hantar surat yang jiwang-jiwang..aku
still anggap
dia kawan biasa ..itulah Rumie..salah seorang kawan lama aku..sekarang
ni tak tahu
apa yang dah jadi kat dia…
Begitulah kisah valentine yang aku masih ingat sehingga hari ini…february
juga adalah
bulan aku dilahirkan…aku lahir 25 February 1975..hanya beberapa hari sahaja
lagi untuk
melangkah jadi orang yang lebih tua..aku selalu buat sambutan secara kecilan
sahaja..cukuplah hanya kawan-kawan terdekat serta orang-orang tersayang
sahaja
yang mengingati…semoga tahun ini membawa keberkatan dan rezeki yang melimpah
ruah buat aku, keluargaku juga kawan-kawanku..makin hari makin tua rupanya
kan….pejam celik dah 26 tahun..rasa baru aje lagi berlari kat padang sekolah
sambil
main netball..baru aje lagi ambil SPM…begitu cepat masa berlalu…kita sahaja
yang tidak
menyedarinya.
[2/7/2001
2:33:44 PM | Teja ]
Boringnya hari ini…tak tahu apa nak tulis sebab perjalanan hidup yang agak
kurang
menarik..letih sangat..mungkin sebab aku puasa agaknya..tinggal sehari
sahaja lagi
untuk bayar hutang puasa..lepas tu boleh raya..tak yah pikir pasal nak
ganti-ganti
lagi…tapi aku memang suka puasa…elok sebenarnya disamping dapat mengawal
berat
badan..puasa juga baik untuk kesihatan….semalam aku dapat email adik…memberitahu
abang dah semakin sihat…dan makin ceria..alhamdulillah…aku rasa gembira
sangat
dengan berita itu..mudah-mudahan abang akan terus sihat sampai bila-bila…sekarang
ni aku menanti abang balik sini…yeahh..yeahh dalam hati kegirangan dan
bersorak
gembira..dan kegembiraan itu aku sambut dengan sujud syukur..
Sekarang ni apa yang aku buat setiap hari adalah…pergi kerja…masuk jam
8.00 lebih
dan.balik jam 5.00 lebih..sampai rumah aku sembahyang asar..lepas tu aku
exercise
sedikit..then tunggu maghrib..sembahyang ngaji..makan malam..tengok tv..sembang
dengan housemate dan tido…kalau tak pun aku pergi swimming atau sauna ..rasanya
buat benda yang sama hari hari amatlah membosankan…macam kita makan nasi
dengan lauk yang sama setiap hari..tentu boring kan…tapi apa yang aku boleh
buat
selain dari perkara yang tersebut diatas..kalau tak ada sebab…hari kerja
memang aku
tak suka keluar malam…takut nanti esoknya kat opis mengantuk…
tapi hari ni aku ada plan…abang mat nor dan linda ajak aku main boling
petang ni…aku
call rezal untuk join kami main sama...maka petang nanti aku akan bermain
boling di
Bangsar Shopping Complex..jadi hari ni routine aku akan berubah tak macam
hari-hari
biasa…lepas boling nanti..kami nak pergi makan..aku terpaksalah sembahyang
maghrib
kat masjid bangsar…so routine exercise aku hari ini tak ada..tapi di ganti
dengan
exercise tangan..iaitu membaling bola boling…anyway Is bengan sebab aku
tak nak ikut
dia pergi kedai kereta kat Jln Kelang Lama..emm..I tak nak buat lagi flat
number tu…you
pergi dengan linda ye..I rasa nak berhibur dan bersosial dengan kawan-kawan
hari
ini..itu lah rintihan hati aku pada Is..
Kebelakangan ni aku rasa journal ini kurang mendapat sambutan..kawan-kawan
semua
dah lari ye..agaknya sebab aku asyik bercerita tentang diri aku yang ntah
hape hape
ni…lepas tu aku banyak mengarut..emm orang pun tentu boring nak baca…tapi
itu realiti
hidup aku yang sebenar…ianya bukanlah rekaan semata-mata…cuma cara
penyampaiannya mungkin berbeza bagi aku yang menghadapi perkara tersebut
secara
real berbanding kawan-kawan yang mendapat cerita dari tulisan aku…anyway
aku akan
terus tulis journal ini…ianya sangat berharga buat aku..
Arghh..sebenarnya aku dah lama tidak menghubungi kawan-kawan kat luar tu..maaf
kan aku sebab tak email korang semua..kalau baca journal pun aku tak sempat
tulis
gesbok...hai anas…apa khabar..hai semua orang..kak max, kak aquil, sera,
nett, ed, ika,
zairi, fuad, mat jan…saharil….awin, idzwan, mael, cik daun..rudy..aku baca
cerita korang
dan aku tetap akan ikuti perkembangan korang semua…semoga kita semua akan
berjaya dalam bidang masing-masing…
[2/8/2001
3:22:28 PM | Teja ]
5.10.."cepat la Is" desak aku..aku kemas-kemas meja tutup pc aku blah..dia
buat tak
endah..bergegas aku turun bawah..tunggu kat lobi...5.15..bayang dia pun
tak nampak lagi..aku
call henset dia...dia matikan...cis..membara dibuatnya..mana dia ni..aku
dah tak sabar ni..rasa
macam nak aje balik naik teksi..aku jalan ke tempat parking...landing kat
akar pokok..aku call
linda luahkan sakit hati aku pada dia..linda kata sabar lah akak..terhegeh-hegeh
dia jalan
dengan fauzan..aku buat-buat gembira cakap kat tepon..tak nak dia nampak
muka aku yang
tengah sakit hati...nanti dia suka sebab aku sakit hati..masuk kereta duduk
aku batukan
diri..sepatah pun aku tak cakap..dia tahu aku kena cepat..dia yang bawak
kereta..dia bawak
slow aje saja nak tunjuk yang dia protes le tu...lampu hijau pun dia tak
nak kejar..geramnya..dia
marah sebab dia kata aku dah janji nak ikut dia..tak janji pun….hati aku
dah panas mulalah nak
bersuara…kita lagi nak balik cepat..dia plak saja buat macam tu..singgah
kedai dia beli
food..okeylah tak kisah..selalu bawak kereta sampai nak sondol motor ngan
kereta
depan..semalam bawak kereta tetiba jadi ayu..punyerlah bersopan…aku memang
dah panas
dah…mulalah mulut aku ni gatal nak sound..dia buat dek aje...hish..nasib
baik aku puasa..sabar
ajelah...aku janji ngan diorang pukul 6…aku tak suka kalau berjanji, aku
lambat dan orang
terpaksa tunggu aku...tak suka macam tu..berdosa tau janji macam tu..sampai
rumah lagi 4
minit pukul 6.00..
Bergegas masuk rumah..sorang pun tak balik lagi..tukar baju..pakai khakis..dengan
t-shirt pepsi
warna marron..pakai tudung…turun bawah..aku blah..tak cakap pun kat dia
aku nak keluar..dia
tahu..aku sakit hati dia buat macam tu...dia pun sakit hati kat aku..ambil
kereta terus
vroomm…aku bawak laju..jalan plak tak berapa clear..time orang balik kerja..silap
lah..fetch
abang mat nor kat rumah moklong…terus drive ke bangsar..linda call kata
dia dah sampai…jalan
pulak sesak..stranded dalam jammed kat bangsar….rezal call kata dah sampai…kesian
kat
diorang kena tunggu..aku sampai kat BSC dalam 6.35.. lambatnya..sorry ye...tak
dapat nak
dielakkan..
On the way nak naik bowling center aku terserempak dengan Yasmin Hamid
dengan kawan
dia…heeh comelnya dia…tengah sarat mengandung..kecohnya makcik tu macam
kat dalam
tv....aku stare kat dia...memang cun le..muka dia kan montel..dia pakai
baju pragnent kerat
lutut.. so seksi maa….sampai kat atas Rezal dah tunggu kat situ..linda
baru naik..sebab merayau
kat kedai kat bawah…kami main boling sorang dua games…kat sebelah tu ada
mamat-mamat
hensem 3 orang tgh main boling gak sesekali aku menjeling..aku tengok nama
diorang…pisang..amoi ntah sorang lagi tu tak ingat..macam kenal..macam
biasa tengok..tapi di
mana ekk...macam rupa senior aku kat sains muar dulu….tapi aku tak tegur…
7.28 maktu maghrib..aku berbuka kat situ dengan bun pizza dan air soya
bean..sambil teruskan
permainan..kat lane hujung aku nampak ramai muka-muka orang TNB tengah
training bowling
ada games kat Alor Setar nanti..aku macam berminat tapi..kena try juga
mana tahu ada
luck…first game aku main teruk sekali..tak de ong 120 scores dan tiada
strike untuk aku..but still
I lead the games..diorang pun teruk jugak..second game improve..138 got
two strikes tapi abag
mat nor leading…abis games pukul 8.00 turun sembahyang maghrib check henset..dapat
miss
called dari ogy..call ogy kejap..dan kami terus pergi pizza hut kat Lucky
Garden..makan dan
bersembang tak sedar dah nak dekat pukul 10.00
10.00 balik..hantar abang mat nor kat rumah moklong..aku balik rumah..linda
dengan zah
tengah lepak tengok tv dalam bilik…pakcik (abah Ija) ngan Ija kat depan
tengok tv..Ina kat
dalam bilik tido agaknya bilik dia dah gelap....ketuk pintu bilik Is..ajak
dia makan pizza..dah tak
marah pun kat dia..sambil makan is tarik muka masam..isu petang tadi tak
settle…lagi..konon le
tu..linda ngadu kata Is dah okey..petang tu aku ngadu ngan linda pasal
Is..rupanya dia pun
ngadu ngan linda pasal aku..tak semena-mena linda jadi orang tengah kami..anyway
tak buat
pun flat number tu…tak berkenan katanya..slow talk ngan Is sebab dia cam
masih tak puas
hati..baik-baik aku cakap..dengan nada bergurau tetapi serius...linda ngan
zah gelak tengok
kami bertekak..hahaaa..biasa lah aku ngan Is..memang selalu tegur menegur
yang paling
dahsyat..tapi selalunya sakit hati tu kejap aje..bila memasing dah keluarkan
suara..pastu baik
semula..adat bila kita close ngan orang macam tu le..dia dah okey abis
makan dia masuk
tido..aku sembahyang Isyak..nak ngaji tapi bebudak ni dah tido..kesian
le pulak takut ganggu
…sembahyang sunat…lepak kejap…berangan-angan kejap..pastu tido..
Malam tadi tidur aku bermimpi..mimpi pasal lela…aku ngan lela jalan kat
pantai..mimpi aku
mandi laut ramai-ramai dengan kawan-kawan…tempat dan kawasan pantai yang
aku mimpi itu
seperti aku biasa pergi…tapi dimana ekkk…rasa macam dah banyak kali aku
mimpi kat tempat
tu..hish hape ntah mimpi tu..tetiba aje lela yang muncul..mesti ingat kat
lela semalam ni..lagi pun
dah lama tak call lela bertanya khabar…
[2/9/2001
4:10:34 PM | Teja ]
Sesiapa yang berminat nak beli perfume sila berkumpul di surau pukul 12.45
nanti..aku email kat
diorang semua…kat akak-akak kat opis ni…Rena nak datang..aku yang suruh
datang sebab stok
perfume aku dah nak habis.. poison aku tinggal sikit hugo women aku pun
dah nak abis..
pleasure aku dah lama habis.. lagi pun sekarang ni nak valentine tentu
ada promotion…poison
ngan pleasure tu official perfume aku..sejak pandai guna perfume aku stick
pada dua tu
saja..huga women tu plak aku guna bila aku nak main sukan atau aktivitu
luar...walaupun aku
ada perfume lain tapi sekadar perfume sampingan bila rasa nak tukar bau..banyak
perfume dah
aku cuba but this two memang bau yang sepadan dengan jiwa aku..
Aku pernah dapat hadiah poison dari jobo..one of my senior..masa malam
rasa sayang kat sains
muar..lepas tu jobo pergi sambung belajar kat UK kat Leeds University...masa
birthday aku dia
kirim pulak pleasure dari sana as my birthday gift..emm..botol perfume
tu aku simpan sampai
sekarang..orang bagi aku terima…alhamdulillah..thanks anyway Jobo…tetiba
aje teringat dan tulis
kisah you kat sini..dulu pun pernah cite pasal jobo masa aku kemas surat-surat
aku jumpa scarf
tierack yang dia kirimkan dari UK..
Kat rumah ada escape yang aku guna hanya separuh..dah dua tahun tak guna
perfume
tu..warnanya pun dah berubah..saja nak abis kan cepat aku spray kat dalam
bilik..aku spray kat
almari baju aku..semua tempat aku sembur..talk about perfume..for men aku
suka drakkar
anoir..hadiah birthday abang Mus…aku belikan masa tu..suka sangat aku dengan
baunya…lagi
satu CKone..yang ni mestilah kena suka sebab buah hati punye perfume le
katakan..abang used
this perfume long time ago…dia tak pernah guna yang lain…dah sebati dengan
jiwa dia...dia le
yang kata..for Is dia pakai cerutti 1881..bila dia pakai aku bau rasa macam
best..tapi bila aku
pakai lain le pulak baunya..maknanya perfume ni berbeza node dia mengikut
temperature badan
kita…aroma tu jadi jadi lain..tu pasal aku stick kat posion ngan pleasure
sebab aku rasa bila aku
yang pakai..peh baunya sungguh asyik sekali…kalau terhidu tu boleh terus
keracunan..
12.30 Rena sampai..kat surau ada dalam 10 orang mendengar penerangan tentang
perfume
yang dia jual…aku dah dengar penerangan tu 2 tahun dulu..aku dah guna perfume
tu dan aku
puas hati..at the end hanya aku ngan kak miza yang beli..aku cam biasa
beli perfume aku
“pleasure” kak miza beli “dolce vita”..lepas tu aku beli body losyen pleasure..semuanya
berharga
hampir RM200..
kenapa aku beli perfume kat rena bukan kat shopping complex tu…emm itu
le istimewanya
perfume ni..Le Reve..company ni dah 15 years beropearsi..ada kat australia..new
zealand..US
dan banyak negara..tapi kat malaysia baru 2 tahun..asprit de perfume dia
ambil kat house of
perfume kat paris..sama cam perfume yang kat pasaran..diaorang pack sendiri
kat australia
guna satu design botol yang standard dengan kandungan parfume spirit tu
jauh lebih banyak dari
yang ada kat pasaran…so kesannya…lebih pekat, bau lebih kuat…dan lebih
tahan lama..harga
pun murah sebab dia tak ada publisiti besar-besaran dan juga botol dia
satu design aje..bukan
nak promote but for me..if I can get poison 100ml only for RM130 compare
kat shopping it’s
about 200 something dengan kualiti baunya jauh lebih baik dan lebih tahan…why
not I beli..jimat
dan puas hati..since that aku memang tak beli dah perfume kat tempat lain…lagi
pun this
company selalu buat promotion…jimat jugak sebab pakai pun sikit aje..
aku memang gila perfume..ada banyak-banyak pun tak apa..zaman dulu aku
beli perfume sebab
botolnya yang cantik…aku suka kumpul...tapi sekarang perfume tu dah jadi
identity
pulak..selalunya kalau kat opis..aku lalu bayang dah tak nampak tapi aura
perfume tu masih
kuat..so orang tahu…then they will say.. Azira baru aje pass by this way….heeehh….sampai
camtu sekali..tak dahsyat tu…
AHAD - 11 February 2001
Bangun sembahyang subuh…tak boleh tido dah..mungkin dah biasa..lagi pun
kat rumah
orang..anak dara tak manis bangun tido lambat..breakfast..elin call…nak
gi sekali wedding
nanti…ina call nurul..pengantin …dia kata dia akan bertolak pukul 12.00…pukul
12.00 kami
bertolak…orang perak ada 3 kat dalam kereta..semuanya tak leh harap…aku
sekali lagi lah nak
hot…tapi sabar… salah baca peta..so kami dah terlanjak jalan hampir 50km…pergi
balik hampir 1
jam..berhenti kat tepi jalan tanya kat orang…sekali salah dok tanya kat
orang gila…emm..apalah
malang… …
Sampai kat rumah samir..pengantin tak sampai…simple aje majlis..sebab kat
rumah
lelaki…sampai sana aku nampak elin ngan dd tengah makan..geng lelaki ada
ramai jugak…lepas
makan melepak dengan diorang…pengantin dah sampai…pakai baju biru turquoise..cantik
nurul
jadi pengantin…sembang amik gambar…3.45 berangkut dari taiping…..
Drive back to KL…bawak pun tak laju sebab siang banyak speed trap..anyway
sesekali tu lajak
jugak…sepanjang perjalanan hujan dan ada dua kemalangan….berhenti di hentian
tanjung
malim..sembahyang dan terus drive…sampai damansara..hantar norma..singgah
rumah auntie
dia kejap…balik lalu pantai dalam..singgah beli food..terus balik rumah….sampai
rumah linda kata
zah bawa balik kucing…aku terkejut..bawak balik pet kat rumah tu tanpa
tanya pada aku dan
lain-lain orang...hish tak suka…aku protes…aku memang tak nak kucing kat
dalam rumah tu..aku
bukan benci kucing tapi aku alah dengan bulu kucing…aku kan asma..zah tak
tanya pada aku
dan Is dulu…Is pun tak suka kucing kat dalam rumah
Mandi..Sembahyang…makan…tengok tv..tido…bangun tido pagi tadi aku dengar
bunyi kucing
zah..aku phobia…aku tak suka..nanti bulu kucing tu lekat kat carpet….zah
plak bawak kucing
masuk dalam bilik…lagi le aku hot…letak atas katil aku..biarkan kucing
tu
jalan-jalan….hish….geramnya…tak suka tapi malas nak cakap…aku mandi…keluar
bilik air aku
terus bagitahu.."zah akak tak nak zah bela kucing kat rumah ni"…dengan
nada lembut tapi
tegas...dia akur...itupun aku dah bau dah kucingnyer miang…aku tak boleh..sesak
nafas tetiba
bila bau kucing..dia kata nak letak kucing tu kat opis..alhamdulillah…aku
lega…
[2/12/2001
3:10:04 PM | Teja ]
Hari sabtu aku kerja sebenarnya..tapi dek sebab kusyuknya mengupdate homepage
yang tak
seberapa tu.maka aku terlupa nak tulis journal..aku nak tulis tapi aku
kusyuk…tengah buat kerja
kepala tetap ingat journal yang satu tapi aku tak nak tinggalkan homepage
aku tu…macam mana
tu..akhirnya haritu aku keluar opis pukul 2.30…sampai rumah bebudak ni
belum balik lagi..kan
dah janji nak pergi Ipoh hari ni..aku tak suka lambat macam ni…lepas sembahyang
aku turun
bawah…amik kereta..check minyak itam..check air…check tayar…hari ni kereta
nak jalan jauh
kena buat persediaan awal….everything okey..
Aku dah habis check kereta diorang still tak sampai rumah lagi…mood nak
gi Ipoh dah tak
ada..aku tak suka menunggu…aku dah rasa malas..aku hot…aku bengang…kalau
nak bertolak
biarlah awal-awal..dan hari siang...aku call Ija…"korang cepatlah sikit…dah
petang ni…aku tak
suka sampai sana malam"..mata aku tak ok kalau drive malam"..iye lah..kami
tengah makan kfc
ni..lum makan tengahari lagi" abis dia ingat aku dah makan...pukul 4.30
diorang sampai..aku dah
siap..Is pun dah siap..aku still bengang tapi aku buat macam biasa…hish
terhegeh-hegeh…aku
tak suka kalau nak jalan jauh macam ni…aku suka jalan siang kalau anything
happen senang…
Bertolak ke ipoh…pukul 6.00 still kat bangsar lagi….aku drive ikut gaya
aku…150…140..kekadang
160..all the way…7.45 sampai kat tol..ipoh selatan…hantar norma balik rumah
dulu..terus ke
rumah ina….sampai terus makan nasi..aku lapar sangat sebab aku memang belum
makan
lagi…lepak sat sembahyang..dan tido…aku keletihan memandu dan keadaan mood
yang tak
okey..
[2/13/2001 3:10:37 PM | Teja ]
Mataku mula kabur…air jernih mula memenuhi kelopak mata sebaik sahaja mendengar
suara
itu…
Degup jantung kian laju ku rasa..semangatku terbang seketika..kami mula
berbicara…aku cuba
mengawal perasaan…aku tak mahu menangis tetapi..airmataku sudah tidak terbendung
lagi...hatiku begitu sebak sebaik sahaja mendengar suara lemah itu…suara
itu begitu lemah
sekali…aku mengawal suara yang sekali-sekali mula bergetar…dengan nada
yang lemah..dia
cuba menenangkan aku..bertanya khabar buah hatinya yang jauh…..membuka
cerita baru
setelah hampir dua bulan terpisah dengan dunia yang tersendiri…kami melepas
rindu yang sudah
lama terbungkam….aku rindu padanya...sangat rindu sekali..…dia meluahkan
rasa risau terhadap
diriku…sedangkan dia tahu yang aku jauh lebih risau dengan keadaan dia
disana….sesekali aku
mengucap syukur didalam hati…berterima kasih kepada ALLAH yang masih memberi
peluang
pada kami untuk berbicara…
"abang dah sihat ni..sayang jangan risau"..dia cuba meyakinkan aku…dari
suaranya yang lemah
aku tahu dia masih belum baik betul… mungkin sekadar untuk menyedapkan
hati..pertama kali
aku mendengar suaranya selepas 2 bulan dia terlantar bertarung dengan dunianya...aku
rasa
bagai bermimpi.. beribu persolan yang dia tanya..tentang diri..tentang
kerja..tentang bagaimana
aku tanpa dia…aku menjawab satu persatu dengan tenang…setenang hatiku setelah
kembali
mendapat semangat..dari suaranya yang semakin ceria..sesekali suaranya
tenggelam
timbul…namun tetap ceria..petah bercerita tentang adik dan mama..bercerita
tentang rindunya
pada aku…aku lebih banyak mendengar…sesekali bertanya juga tentang keadaan
dia di
sana.."abang letih sayang…abang nak rehat"…aku akur dengan permintaannya
itu.."doakan
abang cepat sembuh"..tersentap aku dengan kalimahnya itu...setelah hampir
setengah jam
berbicara kami akhiri perbualan dengan ucapan-ucapan biasa..aku sedih untuk
berpisah
dengannya…walaupun aku tahu untuk seketika…mungkin petang atau malam nanti
dia akan
telefon lagi
Termenung seketika..aku melayan perasaan…seperti tidak percaya…dapat bercakap
dengan
insan yang aku sayang..sungguh indah hari ini…walaupun seketika namun cukup
untuk
membuang semua kerisauan dan gundah hati ini…aku melangkah sambil menarik
nafas panjang
lalu melepaskan dengan rasa syukur..fauzan memandang ke arahku…mungkin
dia nampak
betapa beratnya beban yang telah ku buang tadi..aku berwuduk lalu menunaikan
solat…dan aku
sudahi dengan sebuah sujud syukur…aku syukur dengan keadaannya yang sudah
semakin
pulih….terima kasih Ya ALLAH…
( 13 February 2001 -1.13 pm )
Aku dah updatekan homepage aku tu..dah tukar design supaya nampak cantik
sikit..so korang
jangan le malu-malu..jom le jenguk…yang penting bagi komen sikit…mana-mana
yang k.o tu
boleh le aku ubah..emmm..tunggu lah.. tak lama lagi aku akan tambah satu
lagi site kat
hompage tu..kisah benar yang aku masih ingat dari kecil hingga sekarang….nantikan
kemunculannya…menarik tu sebab ada kisah lucu..sedih dsbnya..
Aku masuk site anas..dah beberapa hari ni tak boleh get in..kak max pun
tak update lagi journal
dia…kenapa anas…sibuk dengan graduation day atau memang dah tak nak tulis
seperti yang dia
kata dulu…kalau anas baca…balas lah email aku yek…aku dah hantar email
tapi masih tidak
mendapat balasan….kak max masih busy agaknya…aku dengar dia dapat tengok
hero hindustan
tu pada jarak dekat..emm pastu ada sorang akak tu dia jelaous kat kak max
sebab dia memang
peminat hindustan nombor satu dunia….
Dua tiga hari ni tripod ada problem..aku tak leh baca cerita saharil…ngan
cerita sera…sera apa
khabar… kepada kawan-kawan semua terima kasih di atas sokongan dan dorongan
serta doa
korang untuk abang..alhamdulillah abang semakin pulih walaupun dia masih
di
hospital..insyaALLAH jika diizikan ALLAH dia akan pulih seperti biasa dalam
masa-masa terdekat
ini…dan aku tidak tahu bagaimana ingin membalas jasa baik korang semua…hanya
yang mampu
aku lakukan hanya berdoa untuk kalian.... semoga ALLAH mengampunkan dosa
kita semua,
semoga kalian semua mendapat hidup yang bahagia dan berjaya didunia dan
akhirat…aminnn….
[2/15/2001
5:03:06 PM | Teja ]
Hari ni sibuk sedikit..dari pagi hingga tengahari ada meeting..lepas tu
terus gi lunch dengan
vendor kat Bangsar sea food…makan free…bestnyeerr
Pagi tadi rasa seronok sebab tahu pelarasan gaji baru akan dibuat start
gaji bulan feb…so gaji
akan naik sikit…alhamdulillah….pinjam pada Yuz borang pelarasan gaji dia…aku
tak dapat lagi
borang pelarasan tu….aku nak buat calculation untuk back dated yang akan
dapat bulan
depan…pening jugak nak mengira tu…agak complicated nak buat…tapi sebab
tak sabar nak tahu
berapa banyak duit yang akan dapat…maka mulalah mengeluarkan semua skill
matematik yang
aku ada…anyway I love math…aku memang suka buat math….tengah seronok kira-kira
benda
tu..boss panggil…so gi meeting…maka terbengkalai lah projek kira-kira tu
sekejap…balik lunch
tadi..aku sambung semula calculation tu..akhirnya aku dapat pun jawapan
dan anggaran wang
yang akan dapat tu…nampaknya mulai bulan depan boleh jadi orang kaya kejap…sama
ngan
saharil..kan saharil kan…
Duit belum dapat…bayang duit pun belum nampak tapi dalam kepala dah kira-kira…nak
beli itu
ini..hahahh…duit tu aku nak masuk kat tabung haji aku…menambah pelaburan
disamping ..kalau
diizinkan ALLAH nak menunaikan fardhu haji masa muda-muda ni…insyaALLAH..mudah-mudahan
tercapai..benda baik ni selalunya mudah dan cepat…
Atuk called…emm…bagitahu yang server kat opis dia tak ok..sebab tu dia
dah lama tak hantar
email..pudin called jugak…bagitahu yang dia terlibat dengan kemalangan….bahu
dia
patah…kesian budak tu…dia kata doktor bagi dia cuti dua bulan…semoga cepat
sembuh…lama tak
bercerita dengan dia..salleh call ajak lunch…tapi malangnya masa tu aku
tengah lunch ngan
vendor..lain kali yek salleh…
Tak ada cerita menarik yang berlaku..hari ni berlalu dengan tenang sekali…tapi
hari ni tak dapat
call…dan tak boleh call…kenapa ekkk….agaknya server kat sana problem…
Hari Ahad ni kawan-kawan nak datang main tennis kat rumah aku…dan diorang
suruh aku masak
nasi lemak untuk breakfast haritu…emm…boleh lah…dengan syarat sarah kena
tolong I…tennis
start 7.30..so aku kena book court petang ni…kalau tidak emmm tak dapat
main lah jawabnya…
[edit]
[2/15/2001 8:19:03 AM | Teja ]
14 February 2001
Balik kerja semalam dengan hati yang girang…sampai rumah terus solat asar…abis
solat tengok
tv..kepala asyik teringat nak call abang…aku dah janji nak call malam sebenarnya….zah
sampai..ina pun sampai dan tina pun sampai…tina tido rumah aku malam tadi…tak
leh nak
concentrate on tv..aku capai telefon dan call abang..tak sabar nak tunggu
malam…3 kali tengah
cakap phone terputus…setengah jam bersembang ..akhirnya terputus dan aku
tak boleh call
lagi…sebenarnya kami tak boleh cakap lama…sebab abang masih kat hospital..
Makan roti dengan kari ayam…sementara menanti maghrib…sembahyang maghrib
mengaji dan
tunggu Isyak…lepas tu tengok tv..tengok pencalonan untuk OSCAR..then..sambung
pula tengok
cerita hantu…ina jerit-jerit..memang seram cerita hantu tu…
Tina study for hari ni nya course kat Uniten…aku dengan Is bersembang…Ina
study for her
assigment ...tina dah break off dengan boifren dia….kesian kat Tina…sorry
tina..hopefully you
tabah…lelaki datang dan pergi sesuka hati…refer untuk kes tina….mungkin
boleh pakai falsafah
ni….dalam perjalanan mencari insan yang pasti untuk kita…seseorang itu
harus tempuhi
berbagai-bagai insan separuh pasti (yang sometimes kita rasa sangat pasti
tapi sebenarnya tidak
pasti jugak..then..we get another one..until kita jumpa yang betul-betul
tepat untuk diri
kita)…During that session kita dapat pengalaman dan pelajaran..so that
kita belajar supaya
kesilapan yang sama tidak berlaku pada insan yang pasti akan hidup bersama
kita dunia dan
akhirat…inilah hidup…hidup ibarat roda..adakala kita gembira..adakalanya
kita berduka..…so kita
kena sentiasa bersedia dan beringat
Hari ni valentine's day kan…selamat menyambut valentine's kat semua orang
yang
menyambutnya…aku tak sambut pun tapi abang wish me happy valentine's day
dari jauh...aku
ucapkan terima kasih sebab dia hargai aku…dan aku wish juga benda yang
sama..sebenarnya
velentine's aku untuk dia hari-hari..dia yang tak tahu sebab aku tak bagitahu,,,.kat
tv pagi tadi
Ustazah Masyitah pesan..setakat nak ucap selamat menyambut valentine's
tak salah..tapi remaja
Islam diingatkan jangan meraikan valentine's sehingga melampaui batas-batas
agama..faham-fahamlah sendiri..maksud melampaui batas..dan hukum ALLAH...semua
dah
besar dan boleh fikir…
Emm..petang ini nak gi klinik..nak ambil inhaler dan juga ubat sakit kepala…site
anas masih tak
leh masuk…thanks kak max..
[2/16/2001
4:15:44 PM | Teja ]
Biarlah apa yang orang tu nak kata nak tulis kat dalam gesbok tu…nak kutuk..nak
caci nak
carut..suka hati dia lah…dia yang berdosa..aku dapat pahala..yahooooo..terima
kasih…sebab bagi
pahala free kat aku…biar ALLAH saja yang balas apa yang dia buat…aku tak
amik kisah pun…tak
marah tak geram.. tapi masa mula baca tu sakit hati jugak sikit…apalah
yang dia dengki kan
sangat dengan hidup aku ni kan..ini mesti kes PHD le tu..(perasaan hasad
dengki)..dengki
dengan boifren orang..hish tak tentu pasal aje dia tu…emm..belum tentu
dapat minta maaf
dengan boifren aku…
Tak payah nak komen banyak pasal mr untouchable yang tak best dan kurang
pendidikan
tu…Well…pada kak max, kak aquil ngan sera..terima kasih…dengan sokongan
padu lagi
jitu….hah..siap nak cilikan mulut budak tu lagi…aku dah trace IP address
dia..emm..nampak
macam IP orang yang biasa baca journal ni…tapi tak kisah le tu…bak kata
sera bukan dia yang
bagi aku makan..dan komen dia sedikit pun tak menggugat kedudukan aku…malah
bagi
semangat lagi untuk jadi yang lebih baik..
Macam manalah aku boleh lupa hari..semalam agak kelam kabut sedikit…balik
rumah..buat
routine yang biasa..mandi..sembahyang...aku tak ingat semalam hari khamis..aku
ingat kan hari
rabu…lepas maghrib..aku lupa baca yaasin...aku dah makin tua…tu yang jadi
pelupa…sampai hari
pun dah lupa..sebenarnya semalam aku rasa berdebar-debar dan tak sedap
hati…itu yang tak
bestnya…malam pun masih juga rasa risau..aku call..tapi tak dapat that's
the sign…might be
something wrong..pukul 5.00 pagi aku terjaga…tina kat depan tengah sembahyang,…memang
janji nak bangun tengah malam tapi aku terlajak sampai pukul 5.00..mata
tak kejutkan aku
pukul 3.00..
Pagi tadi on the way nak ke opis..aku nampak accident..kesian kat adik
tu..motor ayah dia kena
langgar ngan kete..adik tu yang jatuh…tapi tak teruk rasanya..sampai opis..check
email…dapat
email agak menyedihkan dari adik..aku cuba berlagak cool…tapi aku nangis
jugak…tuhan tabah
kan hati aku terima berita ini…aku called fadhil saja nak get his opinion..
InsyaALLAH semuanya
akan ok…aku doa banyak-banyak…satu lagi dugaan yang harus aku tempuh …jika
itu yang sudah
ALLAH takdirkan aku redha dengan perjalanan hidup aku ini…
Patutkah aku fikir begini…jika itu lah yang terbaik..maka ya ALLAH aku
redha…tapi jika
sebaliknya pula yang terbaik..syukur alhamdulillah…orang tidak rasa apa
yang aku rasa sebab
aku dengan orang tak sama.. apa yang aku alami tak sama apa dengan orang
lain hadapi…orang
hanya melihat, mendengar dan bersimpati… dan orang tidak tahu apa yang
aku fikir..yang
penting apa yang aku buat adalah yang terbaik untuk diri aku…masalah dan
dugaan adalah
lumrah kehidupan tidak perlu melenting atau terlalu tertekan dalam menghadapinya…sebaiknya
sesuatu itu harus dihadapi dengan tabah dan tenang…namun setabah mana hati
ini mampu
bertahan…wallahualam..
Teringat petikan email abang uzek..sedikit sebanyak memberi kekuatan pada
diri ini..anyway
nak sedih sampai keluar air mata darah pun tidak akan dapat mengubah apa-apa…lebih
baik..berdoa..minta tolong dengan ALLAH..rasa macam berat..tapi sebenarnya
kat luar sana
banyak lagi orang yang terima dugaan yang lebih besar..bersyukur dengan
diri kita pada hari
ini…alhamdulillah…
Sabtu - 17 February 2001
Aku tak kerja tapi aku kena gi opis…ada vendor nak datang sebab nak ukur
computer
room…janji ngan diorang pukul 10.00…pagi tu aku bangun awal..aku kemas
rumah aku basuh
baju..aku tengok..kat dalam bilik semuanya macam serabut…kepala aku memang
tengah
serabut..aku nak hilangkan tension aku mengemas..aku mulakan projek..aku
alihkan almari
aku….aku tarik almari linda..aku ubah…aku angkat katil..aku kemas…aku tarik
katil besar…semua
aku buat sorang-sorang…aku sapu bilik yang penuh dengan habuk…aku pening
tengok keadaan
bilik yang sama…9.30 kerja aku tak siap lagi…tengah seronok berkemas tiba-tiba
cermin almari
aku jatuh dan pecah…aku kemas kaca-kaca yang berterabur…kaki aku berdarah…tangan
aku
luka terkena serpihan kaca-kaca yang halus..aku biarkan darah tu…aku terus
kemas…9.45 aku
bersiap untuk ke opis…bilik baru separuh berkemas..sampai opis lambat 10
minit… vendor dah
sampai…terus buat kerja…lari sekejap..check email…boring…abis ukur..aku
balik
Pukul 11.30 keluar opis..aku isi minyak..singgah TMC..singgah rumah moklong..diorang
tak ada
sebab tido kat bukit beruntung….terus drive balik..tiba-tiba aku rasa nak
masak…dah lama aku
tak memasak..singgah life style..aku beli sayur beli ikan…sampai rumah
aku masak..abis masak
sambung kemas bilik dengan za..Is balik opis..kami makan….sembahyang…lepak
tu tengok
tv..tunggu ogy..
Petang ogy sampai..lepas maghrib kami keluar pergi midvalley..nak beli
bahan untuk masak nasi
lemak esoknya..abis membeli belah…kami gi makan pizza…"akak tak risau ke
kak' ogy tanya
aku masa kami tengah makan..
Ahad -18 February 2001
6.15 aku bangun solat subuh dan terus siap-siap kan bahan untuk masak nasi
lemak…mula-mula
aku buat nasi goreng…sebab ada banyak nasi lebih semalam…lepas tu aku siang
ayam…mesin
cili..aku masak sambal nasi lemak..lepas tu aku masak nasi lemak…ogy tolong
apa yang
patut…dan aku minta Is tolong gorengkan ayam…7.45 kerja aku siap…aku bersiap
untuk tunggu
diorang….pagi tu kereta linda pancit..kesian kat minah tu…aku tolong sekejap
tapi aku pun tak
tahu macam mana nak tukar tayar kereta..at last ada sorang chinese man
ni bantu
dia….kawan-kawan sampai pukul 8.30..kami start main tennis hingga 10.30….pehh
dah lama tak
main rasa seronok sebab dapat berpeluh…
abis main tennis…diorang breakfast…then lepak dan balik…tak laratnya…mandi
dan melepak…kak
ju ngan abang zul ngan kak ijam datang sebab nak makan nasi lemak..aku
memang masak
banyak… saja… kononnya nak keluar tengahari..tapi aku keletihan…plan nak
gi tengok hoki pun
tak jadi..akhirnya kami keluar dalam pukul 3.00..pergi sunway pyramid..ogy
nak cari
hadiah…aku just nak jalan-jalan lama tak pergi sana….lepas tu kami pergi
plak the summit..puas
merayau walaupun agak keletihan…
malam tengok cerita perempuan isteri dan dot..dot..dot..pukul 9.00 ogy
balik..aku masuk bilik
sembahyang ngaji.. sembahyang sunat…dan aku…tiba-tiba hilang dengan diri
aku..aku menangis
banyak-banyak…aku nampak something masa kau tengah sujud..mungkin sebab
aku terlalu
memikir..sebab aku tak ingat benda lain..aku .nangis nangis sampai aku
tak hirau kan zah kat
dalam bilik sampai is tak tahu nak buat apa..aku nangis tersesak-esak…Is
pujuk aku..tapi aku
tak leh tahan..aku rasa nak menangis sepuas-puasnya…lama lepas tu dah redha
aku baca
yaasin…aku rasa lega sangat aku rasa semuanya aku dah buang bersama airmata
aku…keesokkan harinya aku pergi opis dengan mata yang bengkak dan kepala
yang berat…
Isnin - 19 February 2001
Aku masuk opis…hantar email pada adik…rasa ada yang tak kena..pergi breakfast..terus
ke
despensari..aku dapat MC…aduh..aku rasa nak berguling dengan kesakitan
ini…tak tahan
bisanya…pukul 10.00 aku sampai rumah…tukar baju..aku tidor kat depan…linda
ada dalam
bilik…dia sakit jugak…pening kepala….dan dapat mc…sambil beralaskan tuala..aku
meletakkan
iron kat perut….hish…perkara biasa bagi aku..tapi dah lama tak kena serangan
yang begini
teruk…aku telan ponstan dua biji…masih tak lega..aku minum air…akhirnya
aku tertidur dalam
keadaan merekot…bergulung seperti orang kesejukan…menahan kesakitan…
Sedar-sedar dah pukul 5.00…aku memang saja nak bangun lambat supaya tak
sakit…tapi perut
aku masih sakit…aku telan lagi sebiji ponstan….rasa boringnya..Is ambil
halfday kesian pada aku
agaknya…thanks Is..bangun basuh muka..makan roti…rasa boring sangat..aku
nak keluar tapi
tiada arah tujuan…akhirnya aku melepak tengok tv..Carrie 2..boringnya…tak
tahu nak buat
apa….
[2/21/2001
4:43:52 PM | Teja ]
Aku fikir baik aku cerita tentang borak kosong aku dengan pijah pasal lelaki
idaman
dia..emm…pijah kata dia kalau nak cari lelaki untuk jadi boifren dia kenalah
mamat tu sangat
teror berbahasa english..syarat paling utama…dan wajib..lepas tu gigi mamat
tadi kena sentiasa
putih dan kukunya sentiasa pendek…mamat tu kena segak dan kemas..aku gelak
jugak dengan
ciri-ciri lelaki idaman dia tu…nampak lucu tapi citarasa manausia berbeza..emm
dia kata nak
lelaki yang putih handsome dan nampak educated…aku berbahas dengan pijah…lama
kami
berborak kat telefon…kadang-kadang kenyataan pijah pasal kawin buat aku
sakit hati..dia kata
dia tak kisah kalau dia tak kawin…dia tak rasa susah…aku rasa dia cakap
besar…dia belum
merasaai saat itu….dia kata selagi tak dapat lelaki macam dia nak selagi
tu dia tak kawin…dan
aku kata aku akan tunggu dan teringin sekali nak tengok bakal suami dia..kami
gelak…kesian
boifren ko pijah..
Bagi aku ini semua soal jodoh..urusan ALLAH..kita boleh berusaha untuk
dapatkan yang terbaik
tapi kita memang tak akan dapat yang sempurna…semua orang inginkan kesempurnaan…tapi
ingat tidak ada manusia yang sempurna kawan tak ada yang perfect..dan kita
kena terima
kekurangan yang ada pada setiap orang..aku kata kat pijah..kalau kita nak
cari orang yang
sempurna kita pun kenalah ada usaha untuk sempurnakan diri kita dulu…ini
tidak kalau kita ni
pun tak tahu nak menghias diri..tak tahu nak menjaga bodi..tapi nak kan
lelaki yang ala-ala
pierce brosnon gitu..emm ingat orang camtu nak pandang ke…lain lah kalau
kita ni macam
kharisma kapoor ke..cindy crowford ke..aswaryrai muka cun abis…body pun
cun giller…memang
le perfect di mata lelaki..secara luaran dan bonusnya sahaja…
Aku kata lagi…ALLAH jadikan manusia berpasang-pasangan sebenarnya adalah
sebagai
pelengkap antara satu sama lain…emm…kita ada kekurangan dan dia pun ada
kekurangan jadi
bila dimatch kan maka kekurangan –kekurangan tadi dapat kita tutup dengan
kelebihan dari
kedua-dua pihak…sebenarnya kekurangan yang sepatutnya kita ambil perhatian
adalah dari segi
sikap..perangai dan tingkah laku…bukannya faktor-faktor fizikal yang tak
kekal lama…yang
cantik boleh jadi hodoh yang muda jadi tua..yang sihat jadi sakit…yang
sempurna boleh jadi
cacat...semuanya boleh berubah sekelip mata..tapi sikap..perangai tingkah
laku..adalah sifat
semulajadi adalah perkara yang sama yang akan kita bawa selagi hayat kita…itu
lah yang kita
kena fikir….
Setiap orang memang ada ciri-ciri khas lelaki idaman mereka..aku tak salahkan
pijah…itu hak
dia..macam aku jugak..aku meletakkan status akedemik sebagai perkara utama..bukan
sebab
aku memandang rendah pada mana-mana pihak tetapi aku rasa lebih selamat
dalam banyak
aspek..family,future,financial…sama ada yang sama level atau lebih tinggi…lepas
tu aku akan
tengok background pendidikan agamanya sekurang-kurangnya...syarat paling
utama..ialah dia
mesti jenis yang sembahyang sebab itu adalah perkara asas dan perkara pokok
selebihnya
terpulang dan boleh dipelajari …lepas tu recce le family background..sebab
bila nak kawin kita
kena kawin dengan semua kaum keluarga dia sekali…rupa dan fizikal tu biar
lah sedap mata
memandang tapi kalau dapat yang extra tu alhamdulillah…itu aku kira sebagai
bonus.
Tidak perlu terlalu remeh dalam mencari pasangan hidup..jangan kita kecil
kan sudut pandangan
kita terhadap orang…don’t under estimate people..bila ada satu kekurangan
terus tak
terima…bagilah peluang dahulu..setiap perhubungan yang kita jalinkan kenalah
ada matlamat
dan tujuan bila kita letakkan sesuatu ciri dalam memilih pasangan hidup..kadang-kadang
yang
kita nak itu lah yang kita tak dapat..sebaliknya yang tak nak pulak menjadi
milik kita…kalau
sudah jodoh terimalah dengan hati terbuka dan redha dengan apa yang ada..yang
penting
masing-masing kenalah terima kekurangan dan kelebihan yang ada…
Kebahagiaan tidak terletak pada kecantikan dan kekayaan semata-mata…tapi
terletak pada
keikhlasan hati menerima pasangan kita dengan seadaanya dan kita menghargai
dirinya dengan
sebaik mungkin..
[2/22/2001
5:04:52 PM | Teja ]
Training netball dah start semalam abis sakit-sakit badan aku dibuatnya…so
mulai minggu ni
maka setiap petang rabu dan jumaat aku ada latihan..tadi kak devi called..dia
kata this Saturday
ada satu game dan dia minta aku main…emm…at last aku confirm…yang aku akan
main this
Saturday..aku akan gi hantar makwe sabtu ni kat kelana Jaya…makwe kena
ada kat sana 8.30
pagi..so aku rasa paling lewat pukul 10.00 aku dah boleh ada kat opis…sebenarnya
aku kerja
hari sabtu ni…aku dah minta dengan boss untuk swap last weeknya sabtu tapi
boss tak bagi…dia
benarkan aku kelaur kejap..tapi pun sabtu lepas kan aku kena datang opis
gak pasal vendor tu
nak ukur komputer room..so kira dah bayar le masa kerja aku untuk sabtu
ni…game netball tu
petang dan diadakan di kelang..emm masa untuk menggelapkan kulit….arrgghh…dah
lama tak
berpanas…lama dah kami tak ada training..so seronok le aku membelai kulit
yang dah
cerah..lepas ni...emm jadi lah gelap semula…
Emm..tadi boss bagi aku duit RM50..dia kata itu sebagai hadiah birthday
dari dia..isk..belum
lagi..hari ahad ni baru birthday aku…anyway terima kasih..semoga boss murah
rezeki..boss kasi
aku amik..walau pun segan dan tersipu-sipu….tapi aku terima juga…orang
nak hadiah
le..emm..mesti birthday tahun ni tak ada hadiah spesel..abang tak ada kat
sini..emm.kalau
abang ada kat sini mesti best..I wish he was here..harap-harap malam ahad
nanti dapat le
panggilan dari abang..harap sahaja..semoga abang cepat sembuh..
hadiah dari Is adalah..emm..ngan kengkawan…hadiah spesel tak de…itu la
boss aku..kekadang
aku kutuk dia..kekadang puji dia..tapi dia selalu cakap yang aku ni tahan
hati..kena jerkah kena
jerit kena marah tapi aku tetap macam diri aku..bila aku deal ngan dia
aku hormat dia sebab dia
boss aku tak de lah aku nak berdendam atau sakit hati dengan dia..sebab
aku tahu perangai
semula jadi dia memang macam tu…orang macam tu memang kita tak boleh amik
hati..kalau
kita layan hati kita yang sakit nanti… tapi kalau bukan calang-calang orang
memang tak akan
tahan dengan style boss aku yang kasar dan cakap lepas tu…suara dia kalau
jerit kat depan..kat
belakang..satu opis boleh dengar…kekadang tu aku melawan jugak.. heehh..bila
aku dah tak
tahan sangat dengan kerenah dia tu…
Baru abis jamuan ni tadi..ada bihun ngan kek ngn karipap..tapi aku makan
karipap aje..sampai 3
keping plak tu…lapor sebenarnya…dari pagi tadi makan sikit aje…emm jamuan
haji oleh ex-ketua
jabatan ni dulu…emm…baguslah moga dia dapat haji yang mabrur…oh ya hari
ni dapat
handphone baru..opis yang kasi..maka lepas ni kita boleh le bergaya ngan
henpon baru
kita…nokia 3310…emm kalau nak beli sendiri mau 6 atau 7 ratus harganya…henpon
yang lama ni
cadangnya nak kasi kat ayah tapi tak tahu laha ayh nak ke tak..sebab dulu
aku pernah offer
untuk belikan ayah henpon tapi ayah tak nak..dia kata nak buat apa…lagi
pun tak ada siapa yang
dia nak call…
Emm..selamat pakai henpon baru…besssnyeeerr
[2/26/2001
9:57:33 AM | Teja ]
Terima kasih kat kawan-kawan yang ucapkan selamat hari ulang tahun kelahiran
pada aku…yang
sanggup tepon pukul 1.30 pagi.walaupun tengah sibuk study untuk simulation...yang
tetiba call
setelah lama menyepi hanya untuk ucapkan happy birthday…thanks hafiz..walaupun
member
busy ngan study but still…ingat.. yang hantar virual kad..yang sanggup
teman aku keluar…yang
belanja aku main bowling..yang hantar email..yang sign gesbook….thanks
to all of you…I love
you…..semoga ALLAH memberkati kalian..
Tak nak fikir dah…birthday aku dah berlalu..hari ni genap umur aku 26 tahun
satu hari..
alhamdulillah.. syukur sebab aku masih diberi peluang untuk hidup…*moral*
jadilah manusia
yang sentiasa bersyukur… aku dah tua kan..makin hari usia semakin bertambah…tapi
kenapa
masih tak sedar perubahan itu…sebagai diri sendiri aku tidak sedar sebarang
perubahan yang
dah berlaku pada diri aku…tahu-tahu aje aku dah jadi macam ni…
Dulu rasanya aku ni cute aje..ntah bila agaknya aku membesar..dan terasa
rugi sebab tidak
dapat mengamati pembesaran diri yang berlaku secara perlahan-lahan tu…alangkah
bessnyer
kalau kita ada kamera yang dapat merakamkan setiap perubahan yang berlaku
dalam diri
kita..so kita boleh tengok semula macam mana jari-jari kita yang halus
dan kecik satu ketika
dahulu menjadi besar…macam mana kita yang pendek dah jadi tinggi…macam
mana tiba-tiba
kita jadi sebesar ini….
Aku sudah cukup dewasa dan cukup matang untuk membuat keputusan…itu yang
paling aku
takut…takut tersalah membuat keputusan….takut tersilap dan memusnahkan
masa depan
sendiri…dulu masa kecik-kecik nak keluar nak beli itu ini semuanya perlu
minta kebenaran mak
dan ayah..semua perkara adalah tanggungjawab mak dan ayah….aku tak perlu
fikir apa..yang
aku tahu bila aku inginkan sesuatu aku perlu minta…tapi sekarang segalanya
telah
berubah..semua keputusan datangnya dari aku…setiap keputusan yang aku ingin
ambil akan
dipertanggungjawabkan pada aku juga…semua benda yang aku nak aku kena cari
sendiri…betapa susahnya hidup sebagai seorang dewasa ini kan.kenapa tak
selamanya kita jadi
kanak-kanak…tak perlu fikir untuk cari duit..tak perlu fikir untuk kawin..tak
perlu dibebabkan
dengan soalan killer….dan yan penting tak perlu nak buat keputusan untuk
masa depan dan juga
keputusan untuk memilih halatuju masa depan sendiri..
Tapi sampai bila dan selama mana aku harus takut…semua manusia akan mengalami
peredaran
hidup dan perubahan diri yang sama…yang kecik jadi besar,..yang muda jadi
tua…yang hidup
akan mati..so hadapi semua itu dengan cara yang terbaik dan tersendiri..azam
aku tahun ni…aku
akan settlekan diri aku tahun ini jugak…insyaALLAH…aku nak tamatkan zaman
bujang tahun
ini…semoga ALLAH permudahkan urusan aku….lepas tu aku nak beli rumah….aku
tidak boleh beli
rumah selagi mission aku untuk kawin tak selesai lepas tu aku nak tunaikan
fardhu haji…semua
perkara ini aku dah rancang 5 tahun lalu…mula-mula aku nak dapat kerja
yang
baik…alhamdulillah…dah dapat lepas tu aku nak beli kereta…yup..dah dapat
dah…now ni akan
menyusul mission yang ketiga dan seterusnya…serta mission-mission sampingan
lain
seperti…nak melancong seluruh dunia..kalau ada rezeki lebih…
Cerita umur tak akan terhenti sehingga kita menghembuskan nafas terakhir..so
selamat maju
jaya kepada semua umat manusia…dan jangan persia-sia usia yang ALLAH bagi
pada
kita….gunalan sebaik mungkin untuk manfaat diri kita dunia dan akhirat….amin….
[2/27/2001 3:55:57 PM | Teja ]
Scene one take one…action!!!
Sekejap tadi perasaan tu datang lagi..perasaan yang aku tak suka..aku rasa
tertekan…hati
berdebar-debar…rasa nak marah…rasa tension…dia datang secara tiba-tiba
dan aku tak suka
kehadirannya…instict aku terlalu kuat..kenapa kebelakangan ini aku terlalu
murung…terlalu jauh
dari diri aku sendiri…aku nak buang rasa itu sejauh mungkin…aku tak nak
rasa sedih aku tak
mahu memendam rasa..aku pun ingin bahagia..aku pun nak gembira juga seperti
insan lain..tapi
kebahagiaan aku belum muncul lagi..ia masih tak tiba sehingga hari ini…atau
aku mungkin perlu
berjalan lebih jauh untuk mencari kebahagiaan itu…dimanakah dikau???
aku kini bukan seperti diri aku yang dulu…jauh bezanya dengan yang mereka
kenal..kenapa aku
berubah..kenapa tiba-tiba aku jadi seorang yang tidak periang… seorang
yang lebih suka
mengasingkan diri dari bergembira…seorang yang routinenya telah berubah
sama
sekali..kenapa…sungguh pelik diri aku…aku rindukan suasana ketika aku bersama
kawan-kawan…ramai-ramai tengok wayang…ramai-ramai supper di bangsar…ramai-ramai
ke ulu
yam…ramai-ramai bergelimpangan ditengah rumah sambil menonton cd..ramai-ramai
kesana-kemari...tapi sekarang semua itu sudah lenyap..zaman itu sudah berakhir…berakhir
bersama haluan masing-masing….itu cerita hati aku..
***************** cut**************************
Scene one take two…action!!
Alah lupa nak bagitahu kat korang…hari sabtu lepas aku main netball..kami
jadi
johan…heeehh..sungguh teror kami bermain bolajaring sehingga menjadi johan..hadiahnya
trofilah sahaja..sungguh tak menarik..tapi itulah yang tak bestnya kalau
main netball kat
luar…sebab hadiahnya tak selumayan kalau main netball untuk games TNB…setakat
trofi dan
wang tunai..emm…kalau tnb yang anjurkan selalu hadiahnya adalah berbentuk
barangan elektrik
atau perlatan sukan…heehh..aku dah banyak mengumpul hadiah sejak mula menceburkan
diri di
arena netball kat sini…besss....antaranya beg puma, blender national, hair
dryer, seluar admiral,
beg balik kampung adidas…sungguh bess kalau kita main dan menang dan dapat
hadiah…kalau
setakat t-shirt dan kasut sponsor tu perkara biasa…
Heeehh..best sekali..main pada hari sabtu lepas..emm..sudah lama tidak
berlatih tapi aku main
dengan begitu bergaya…harap kan skill lama yang masih belum diasah tu..cewah..angkat
bakul..lagipun haritu shooting ball semua menjadi…dan emm memang best sekali
kalau kita
shoot semua bola berlumba-lumba nak masuk dalam gelung tu…rasa macam teror..heeehh…
MSKWP akan bermula pada bulan April ini..maka dalam sebulan ini kami akan
bekerja
keras..berlatih bersungguh-sungguh bagi mengekalkan kejuaraan tahun lalu..tahun
lepas kami
tewaskan POS Malaysia semasa di peringkat akhir..dan perlawanan pada hari
itu sangat sengit…
**************************cut********************************
Scene one take three!!!
Malam tadi tayar kereta aku dipancitkan…hish sakit betul hati..aku tahu
itu angkara
siapa..semuanya kerja mereka…aku tahu…kereta linda pun kena pancit angkara
mereka..kereta
waja yang kat depan kereta aku tu pun pancit sebab dia…segelintir orang
yang tak
bertanggungjawab tu…hish..geramnya…aku bengang…turn aku masuk parking tapi
zah tak
keluarkan kereta dia..so aku letakkan kereta aku kat petak parking kosong
tu…hanya untuk
semalaman sahaja…kat petak yang memang tak ada orang…aku memang spot petak
tu kalau
emergency..kalau hari hujan…tapi malangnya kereta aku jadi mangsa…hanya
kerana aku tak
letak kat petak parking aku…maka sesuka hati mereka mencucuk tayar aku…kenapa
tak
tinggalkan notis sahaja..sungguh jahat dan tak berhati perut…
selama ni tak kisah pun..tak ada apa-apa pun..kenapa sekarang baru jadi
macam ni…dan hafiz
boifren zah yang jadi mangsa tolong tukarkan tayar kereta aku malam tadi…berpeluh-peluh
mamat tu membuka tayar kereta aku tu…sian kat wira..dioarang dengki kat
wira…nantilah aku
akan laporkan kes ni kat building mgmt..biar dia amik tindakan kat orang-orang
yang tak berhati
perut tu…berhentikan terus dari situ pun tak apa..aku kenal mereka..aku
tahu siapa yang punye
kerja..lepas tukar tayar aku ke petrol pump dan memang sah..tayar wira
aku dicucuk dengan
besi tajam..
Balik tu aku berhenti di guard house..aku benci dengan si botak yang perut
buncit tu..kerja
dia..aku tahu…aku sangat pasti… aku komplen kat abang india yang baik tu..aku
kata aku
bengang mamat tu sesuka hati bocorkan tayar aku..dia kata ada 3 kereta
dari rumah aku kat
atas tu…aku bantah aku kata mana ada…hanya kereta aku ngan kereta zah sahaja…dua
kereta
dibenarkan untuk satu rumah…aku tak marah abang tu aku tahu dia baik..dia
selalu tolong
kitaorang…tapi aku geram..bak kata pepatah..kerana nila setitik habis susu
sebelanga…seekor
kerbau buncit yang botak bawa lumpur habis semua kerbau cute terpalit…
******************************cut**********************************************
[2/28/2001
11:01:14 AM | Teja ]
Realiti 1
Aku sedikit blur bila aku dapat email adik pagi tadi..tak mampu nak buat
apa..sekadar
mengalirkan air mata membaca satu persatu perkataan yang tertera di screen
monitor..menghayati setiap butir cerita yang adik cuba sampaikan pada aku…abang
masih
seperti yag adik cerita pada email terakhirnya….masih belum sedar lagi...adik
dan abang akan
berangkat ke london pada 2/3/2001 ni hari Jumaat ni ..kata adik instrument
kat sana lebih
canggih mungkin dapat membantu abang…pesan adik dan mama didalam email
sedikit memberi
kekuatan yang tersendiri pada aku….tabahkan hati aku ya ALLAH..
Aku merenung Is dengan linangan airmata…tak terbendung rasa sedih walaupun
aku cuba
berlagak biasa..aku teringat pada abang…kesian kat abang…Rezal called…cuba
menenangkan
aku…aku rasa tenang sebenarnya tapi aku sedih..thanks rezal..sebab memberi
kata dua untuk
menyedapkan hati aku…naluri wanita memang suka mengalirkan air mata..sebenarnya
aku tidak
begitu..tapi aku tewas dengan keadaan seperti ini.. ini perjalanan hidup
aku hari
ini..alhamdulillah…semoga semuanya selamat dan berjaya…aku doa sangat abang
cepat
sembuh….
Malam tadi pukul 12.00 malam aku dikejutkan…aku tidur awal…lepas ajar linda
math..aku
baring-baring dan terlelap…aku memang nak bangun…dua kali aku terjaga tapi
masih awal…aku
wuduk dan sembahyang…baca yaasin dan mengaji..aku minta sangat agar ALLAH
sembuhkan
abang dengan segera…aku tak ada cara lain lagi…ini sahaja yang mampu aku
sumbangkan buat
abang…ALLAH sahaja tempat aku untuk meminta…minta dan terus meminta setiap
hari…semoga
ALLAH memakbulkan permintaan aku..
…………………
Kisah semalam
Seharian aku sibuk dengan meeting…abis meeting aku siap kan kerja-kerja
yang patut…aku
called Izaidi&Co…aku call TNP…aku settlekan tentang presentation untuk
hari Jumaat ini..kerja
aku banyak sebenarnya…kerja sehingga minggu raya haji…tengahari aku stay
kat opis..terasa
malas untuk keluar..lagipun tak ada mood..perasaan tu kejap datang kejap
pergi perasaan yang
pelik tu….hish aku takut dengan perasaan tu sebab ia memberi aku instict
yang tidak baik…dan
mungkin secara kebetulan…setiap kali aku rasa mesti aku akan dapat berita
buruk…nau'zubillah..semoga di jauhkan ALLAH..
Lepas opis semalam aku ngan Is gi makan pizza kat bangsar..tiba-tiba saja
terasa nak makan
pizza…nikmat sekali dapat makan pizza…heeehh…tapi tak boleh diamalkan selalu..tak
baik untuk
kesihatan…emm anyway abis jugak pizza tu aku kerjakan dengan Is…tayar si
wira yang bocor tu
aku belum tampal lagi..ada kat dalam bonet…emm Is kata kedai uncle yang
kat petronas tu dah
tutup sebab petronas tu tengah buat renovation..biar lah dulu…tapi aku
kena tampal tayar tu
sebab hari jumaat ni aku nak balik kampung…bess nak balik kampung berhari
raya haji…aku
amik cuti hari isnin tu..balik rumah bolehlah aku rileks dan duduk di tepi
pantai sambil
merehatkan fikiran.
Bulan ni roadtax kereta mati…mati pada 12 Mac 2001…maka terpaksalah aku
korbankan duit
simpanan untuk bayar roadtax dan insuran..aku memang simpan siap-siap…aku
tahu..kalau tak
mana aku nak amik duit….aku dah calculate rasanya dalam RM1300…bukan senang
nak pakai
keretakan..nak maintain nak hias..nak bayar roadtax…time-time macam ni
baru le terasa
peritnya…tapi tak apa setahun sekali aje..yang penting aku jaga kereta
aku baik-baik dan wira
akan bawa aku dengan selamat ke mana saja aku nak pergi..sayang kat wira…