Make your own free website on Tripod.com
R.e.a.l.i.s.t.i.k
 
18 December 2002

Happy birthday Ismona - 18/12

Puasa pun dah tamat raya pun dah bermula tapi masih belum tamat. Rayakan sebulan walaupun aku hanya dapat berpuasa selama 23 hari sahaja. Oklah tu sebab 7 hari tu aku kena heartburn atau pedih ulu hati. Wanita mengandungkan tidak diwajibkan berpuasa tapi bila dok fikir aduh jenuhnya nanti nak ganti puasa maka aku kuatkan semangat menjalani ibadat puasa.

Petang rabu aku sampai di kampung Melaka. Tahun pertama kita beraya di Melaka dahulu mungkin darling nak pujuk aku agaknya sebab sepanjang bulan puasa kami tak berkesempatan nak balik kampung. Jadi balik awal sempatlah berbuka puasa dengan mak dan ayah selama dua hari. Petang tu dah kecoh kononnnya raya hari Khamis. Nasib baik raya hari Jumaat sempat le buat persiapan terakhir. Raya kedua balik muo sampai le petang khamis lepas tu balik melaka semula sampai le hari Ahad. Memang cuti sakan raya tahun ni. Makin lama raya rasa makin tak meriah. Tak ramai dah budak2 kecik yang datang ketuk pintu pagi pagi untuk bersalam dan minta duit raya. Duit raya tahun ni tak banyak sangat yang luak walaupun kena bagi pada kedua dua belah keluarga. Mungkin sebab cousin2 semua dah besar dan banyak yang dah habis belajar.

Cerita raya dah habis sekarang cerita tentang baby. Aku dah masuk 7 bulan setengah. Dah 32 minggu dah melepasi hari yang begitu mendebarkan. Sekarang aku tengah sibuk membuat persiapan untuk menyambut kedatangan si comel yang bergerak gerak kat dalam perut ni. Tengah sibuk membeli belah tengah sibuk mencari-cari nama yang sesuai tengah sibuk membuat persiapan fizikal dan mental. Sesekali bila terkenang keadaan nak bersalin nanti rasa takut jugak cumanya aku berdoa agar segalanya akan selamat.

Aku dah beli baju dan segala keperluan asas yang aku rasa perlu untuk baby...tapi bila tengok semula rasa macam banyak lagi barang yang nak kena beli. So far duit tak terasa sangat keluar sebab aku dah start membeli dari bulan lepas. Beli sedikit-sedikit sekarang dan banyak dan hampir lengkap semuanya. Rasa seronok sangat bila membeli barang baby ni sampai rasa tak sabar nak tunggu dua bulan lagi untuk dia keluar.

Mak dan ayah dah dapat tarikh pergi haji. InsyaALLAH mak dan ayah akan bertolak ke mekkah pada 27 januari 2002 dan balik semula pada 12 Mac 2002. Masa mak balik insyaALLAH aku dah selamat bersalin. Oleh kerana mak tak ada masa aku nak bersalin nanti aku kenalah uruskan segalanya sendiri. Aku akan bersalin di Pantai Medical Center. Kat KL ni aku mengharapkan kak ju untuk jenguk aku then dari PMC aku terus balik Melaka. Walaupun mak tak de tapi aku tak risau sebab makwe ada. Hopefully darling pun tahu apa nak buat masa tu nanti. jangan dia yang gelabah dan kelam kabut lebih lebih sudah lah. Ada jugak member yang tanya kenapa takmo duduk rumah mak mentua. Tak apalah aku tak nak menyusahkan mak mentua aku memandangkan diorang pun sibuk ke kebun setiap pagi. 

28 December 2002

Dah tiba masanya untuk aku update jenel. Harini sabtu aku kerja tapi biasalah jiwa kat rumah. Suasana raya masih terasa sebab petang ni aku dengan darling nak pergi openhouse lagi. Krismas yang lepas wife Faizul bersalin dapat baby boy. Aku dah pergi tengok semalam selepas aku check up dengan Dr. Nora. Baby dia memang handsome mcm bapaknya yang hensem tu. Aku tak tipu tapi tak boleh puji depan Faizul bangga plak mamat tu nanti. Akhirnya penantian selama 4 tahun telah membuhkan hasil yang lumayan. Tahniah Faizul dan Nora.

Krismas jugak aku pergi open house. Empat bijik rumah semuanya bermula dengan umah eton, haizam, nurul dan tipah.ramai jugak ex UUM yang aku jumpa. Walaupun tak berapa kenal tapi muka tu aku still boleh cam. Makan macam tak ingat dunia. Bukan masa openhouse aje sepanjang raya aku makan sepuas-puasnya. Rasa mcm lambat lagi raya tahun depan. nanti kalau aku teringin nak makan rendang ke lemang ke ketupat ke kan susah so aku ambil kesempatan masa raya untuk makan segalanya tanpa was-was.

Akibatnya aku pergi check up semalam berat aku bertambah 3 kilo untuk bulan yang ke lapan. Kandungan aku dah masuk lapan bulan semakin aktif bergerak gerak kan dalam perut. Memandangkan dua bulan berturut2 berat aku tak naik Dr Nora kelihatan gembira bila aku naik 3 kilo. Hopefully lepas ni dah tak naik lagi..Iskhh pening jugak nak fikir macam mana nak turunkan nya pulak nantikan. 

Sebulan aje lagi bukan lama. Penantian yang penuh debaran ni rupanya dah semakin hampir. Dulu aku rasa terlalu lama sekarang iskh cepatnya masa berlalu.  Aku sihat alhamdulillah...baby dalam perut pun begitu juga..Tapi now walaupun takut tapi rasa tak sabar sebenarnya nak suruh baby keluar. Perasaan biasalah semua wanita yang nak beralin tentu rasa macam aku rasa ni lah. Tapi kesakitana bukan lah masalah yang utama. Mudah-mudahan aku selamat melahirkan anak yang comel sempurna sifat dan beriman. Amin InsyaALLAH

Persediaan aku dari segi fizikal dan mental. Mudah-mudahana aku diberi kekuatan yang luar biasa kat dalam bilik bersalin tu nanti. Semua orang nak kan keajaiban kan. Hmm keajaiban supaya tak sakit sangat tapi 90% survey yang aku buat mengatakan sakit nya hanya ALLAH sahaja yang tahu. Hmm sesuatu yang menarik untuk diterokai. kalau kaum Adam diberi peluang untuk pregnant tentu diorang nak beranak sorang satu aje. Dan tu lah sebabnya aku mahu darling bersama aku setiap saat masa aku tengah bertarung dalam bilik bersalin nanti. Biar dia tahu dan rasa macam mana siksanya kesakitan yang dialamai oleh wanita yang nak bersalin. Biarlah kalau nak pengsan pun pengsan kat dalam tu sesama. Darling awal2 dah bagitahu yang dia kalau tengok darah banyak mulalah nak pitam. Iskkhhh macam mana la nanti. heeehh heehhh heeehh. I love you forever