Make your own free website on Tripod.com
R.e.a.l.i.s.t.i.k
22 April 2003

Mama dah kembali....

Aku dah start kerja semula dah dua hari. Rasa sedih sangat sebab syok rasanya bercuti selama dua bulan bermain bersama Maisarah. Sedih, semangat pun ada, liat dan malas semuanya bercampur campur. Rasa berat nak tinggalkan Irdeena Maisarah dibawah jagaan orang walaupun sepupu sendiri. Banyak betul perkara yang aku nak ceritakan. Kalau nak tulis ni rasanya satu hari satu malam tak habis nak cerita. Apa-apa pun aku rasa syukur sangat kerana telah selamat melahirkan anak perempuan aku yang bernama Irdeena Maisarah bte Ishak ( Kehormatan kami dan kesenangan kami) pada 20 Feb 2003 di Pantai Medical Center  tepat jam 5.52 petang selepas hampir 10 jam bertarung dengan maut dan kesakitan. Hmm tak pernah terbayang dan terfikir kesakitan melahirkan anak ni macam ni rupanya rasa sakit tu. Sampai hari ini aku masih teringat keadaaan aku masa tu dan masih terasa akan kesakitannya. Mungkin aku banyak dosa agaknya tu sebab aku mengalami kesakitan yang teramat sangat.Paling best masa tengah sakit2 tu hp aku asyik aje lah berbunyi. Nak tak nak layan jugak la dalam keadaan yang sangat lemah.

Aku masuk hospital 19 Feb 2003. Sebenarnya aku datang untuk check up tapi bila check doktor kata aku dah buka 3cm dan doktor kata bila bila masa aje aku boleh bersalin mungkin petang tu atau malam tu jugak. Jadi aku terus dimasukkan dalam wad bersalin. Aku tak sakit pun langsung tak rasa sakit apa. Kebetulan check up haritu darling temankan so darling terpaksa ambil emergency sebab temankan aku. Tapi aku memang belum rasa sakit setakat perut rasa senak itu sahaja. 3 jam aku duduk dalam wad bersalin tak ada tanda2 yang aku sakit. Akhirnya aku transfer ke wad biasa dan tidur kat hospital malam tu. Darling balik rumah ambil baju dan barang2 keperluan. Aku tak jangka akan masuk hospital awal sebab doktor kata aku due 25 Feb.Tapi masa tu seminggu sebelum memang kami dah siapkan semua barang baby baju dan barang aku kat dalam kereta supaya senang bila lepas bersalin terus balik kampung.

20 Feb 2003 pukul 8.00 am nurse dah siap-siap pakaikan  baju untuk masuk wad bersalin. Aku masih tak rasa sakit tapi dah mula keluar tanda untuk bersalin iaitu darah. Lepas masuk ubat untuk keluarkan isi perut dari belakang aku pun ditolak masuk dalam labour room. Masa ni perasaan aku hanya ALLAH sahaja yang tahu. Aku dah mula berdebar2 takut dan menjangka2 mcm mana rasa sakit yang akan aku hadapi sambil ditolak atas kerusi roda. Sambil tu aku  cuba menenangkan perasaan sendiri dan berdoa banyak2. Waktu ni darling dah pergi kerja sebab dia tengok aku tak sakit so dia assume lambat lagi bersalin. Masuk aje labour room baring atas katil terus nurse pasang kan tiub2 pada tangan aku dan start masukkan ubat (induce). Pukul 10.00 darling sampai dan duduk disisi katil. Masa ni aku dah mula rasa sakit sebab ubat dah masuk. Selang selepas tu doktor nora masuk dan pecahkan air ketuban rasa panas dan aku mula seram sejuk tapi masih sempat sengih. Dalam hati aku terus berdoa. Contarction aku start dengan kuat sebaik sahaja air ketuban di pecahkan. Masa ni baru bukak lagi satu cm. Dari pukul 10-12 aku hanya buka 5cm aku sudah mula bergelut dengan kesakitan yang amat sangat. Waktu ni aku dengan darling sahaja. darling urut kaki tangan semua tak jalan. Aku dah tak tahan sangat rasa bagaikan nak terputus pinggang aku. Aku tak sudah2 berdoa contraction berselang seli dengan cepat. Akhirnya aku panggil nurse untuk dapatkan ubat tahan sakit.

Darling diberi beberapa pamplet untuk dibaca. Mula2 aku diberi penutup gas untuk kurangkan kesakitan. Puas aku sedut tapi kesakitan tetap tidak berkurangan. Time ni aku dan start menangis dan tak tahan sangat dengan kesakitan hanya perkataan Ya ALLAH sahaja yang mampu keluar dari mulut aku. Waktu ni aku rasa seperti nak mati menahan kesakitan. Selang seketika aku diberi pain killer. Aku disuntik. Tapi masih jugak sama kesakitan malah bertambah sakit dan contarction makin kuat dan rapat. 2 jam lagi aku bertarung dengan kesakitan. Semuanya serba tak kena waktu ini aku muntah beberapa kali berpusing ke kiri kanan menahan kesakitan yang teramat sangat. Akhirnya aku minta darling benarkan aku ambil epidural. Mula2 darling agak keberatan untuk izinkan tapi mungkin kasihan melihat keadaan aku yang tidak bermaya dan didalam kesakitan yang amat sangat. Dengan berat hati darling memanggil nurse untuk mintak suntikan epidural bagi aku.

Seorang doktor benggali masuk dan aku disuntik dibahagian tulang belakang. Beberapa minit selepas itu segala kesakitan yang aku alami tadi hilang serta merta. Kaki aku terasa sungguh berat dan aku tidak mampu bergerak dari bahagian pinggang ke bawah. Ngeri bila diingatkan saat itu. Kalau ada rezeki dan diberi peluang bersalin aku tak mahu ambil epidural lagi. Aku takut waktu tu aku rasa tak selesa dengan keadaan yang tak mampu bergerak. Tetapi kesakitan yang telah hilang membuatkan hati menjadi sangAt lega. Selepas itu aku terus tertidur dan sesekali terjaga. Tepat jam lima aku mula berlatih push. Waktu ni aku dah buka besar dan sudah boleh untuk melahirkan. Darling tersandar dikerusi kepenatan dan kelaparan sebab tak makan apa-apa. Aku masih lagi muntah-muntah kesan ubat dan perut yang kosong. Setengah jam berlatih push 5.45 dr nora masuk. Aku dah tak rasa takut sebaliknya sudah tidak sabar untuk keluarkan baby dari perut. Dengan peralatan forsep Dr Nora duduk mengadap aku dan mula suruh aku push dan tetap jam 5.52 petang 20 Feb 2003 terdengarlah tangisan pertama anak aku. Syukur alhamdulillah ALLAHU AKHBAR hanya itu yang mampu aku ucapkan dengan linangan airmata apabila melihat anak yang aku kandung selama sembilan bulan yang masih berlumuran darah diletakkan diatas dada aku.

Selepas baby dibersihkan darling pun qamat kan baby. Dan sejurus kemudian makwe (nenek)  aku tiba sambil memeluk dan mencium aku dan menangis. Aku syukur sangat dan macam tak percaya semuanya telah berakhir dengan selamat. Sesekali terkenang saat2 manis getir dan sakit  itu mengalir airmata kesyukuran. Sampai saat ini aku masih rasa segala yang berlaku bagaikan mimpi. Dan saat2 melahirkan anak adalah merupakan saat terindah dalam dairi hidup seorang wanita. Semoga kami menjadi ibu bapa yang baik dapat mendidik anak2 kami menjadi manusia yang berguna di dunia dan di akhirat

Irdeena Maisarah bte Ishak

Gambar pada 21 Februari 2003


Latest picture : 23 April 2004

26 April 2003
Kehidupan sebagai seorang ibu.

Bukan mudah nak membesarkan anak. sekarang baru tahu dan baru rasa bagaimana peritnya dan terasa sukar hari2 yang aku lalui. Bukan mengeluh malah bersyukur sebab kehadiran Irdeena Maisarah mengeratkan lagi kasih saya aku dan darling. Tapi sejak dah ada anak ni lebih seronok. Selalu aje nak main2 dgn dia. Dulu pergi kerja pukul 7 lebih baru keluar sekarang 6.35 dah masuk dalam kereta. Anak pun hari2 kena embun. Sampai rumah Kak Jue pukul 7.00 tinggalkan baby kat sana. Kalau sempat aku breakfast kalau tak terus gi opis. Jalan plak standard lah Jln Kelang lama. Kalau time aku bawak kete gila2 sampai le sebelum pukul 8.00 kalau tak dlm 8.10. Kerja kat opis pun makin banyak maklumlah dua bulan aku tertinggal so now is the time to catch up everything yang yang tinggalkan dulu. Balik opis 5.30 amik baby tengoklah kalau Maisarah tido so tak payah nak susu kan dia. Kalau dia jaga kena susu kan dia dahulu so 6.15 baru balik umah. Sampai umah daddy dia dah tunggu siap2 kat bawah. Selalunya aku sampai rumah antara jam 6.45 hingga 7.00 malam bergantung kepada faktor cuaca dan keadaan kesesakan lalu lintas.

Dah sampai rumah ni urusan baby darling yang buat. Aku siap2 tukar uniform dan start memasak. Macam ni lah rutin aku setiap hari sejak dah ada anak. Tapi alhamdulillah lah darling jenis yang suka baby dan pandai melayan cumanya bila baby menangis darling pun mulalah tak tahu nak buat apa. Kalau malam aku bangun bagi Maisarah susu then aku terus tido. Darling lah yang akan pupuk maisarah sampai dia lelap semula. Peh lega so tak de lah aku tak cukup tido. Lagi pun darling pergi kerja pukul 8.00 so lepas hantar kami berdua ke kereta darling boleh sambung tido. Jelesnya

Jenel ni pun aku tak pasti dapat update selalu ke tidak. Kat opis ni susah sebab kerja dengan consultant semua gerak geri kita diperhatikan so memang tak sempat nak tumpukan perhatian pada jenel tapi kalau dah tension tu mahu jugak curi2 tulis.Kalau ikutkan memang nak tulis hari2. Dah rindu rasanya nak dapat cerita2 dari kawan kawan. Sekarang guestbook pun tak ada yang menyapa. Aku faham iyelah bukan salah mereka salah aku juga yang menyepikan diri terlalu lama. Sampai ramai kawan2 yang complaint dan mintak aku update jenel.Sekarang ni tanggungjawab semakin bertambah kerja makin banyak tapi keinginan nak tulis jenel tu masih tinggi.Hopefully aku dapat le curi2 tulis kalau tak panjang pendek pun jadi la...

Rindu rasanya nak dengar kabar kawan jenel yang lain. Aku pun dah tak dapat nak layari jenel mereka sekerap duhulu. Kalau sempat aje aku masuk itu pun sekejap..so dah tak ada kesinambungan antara satu cerita dengan cerita yang lain...tapi aku harap semangat aku tinggi. Hish terasa rindu bila teringat zaman2 dulu.Argghh menyampah lah macam ni....

Mama & Irdeena Maisarah 24 April 2004